Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fiksi

Catat kecil kepada Hiroshi

Pagi. Aku buka mata. Mengucap syukur - kerana untuk menulis cerita fiksyen aku perlukan engkau.  Agenda delusi masih jadi rutin - rasa yang mahu aku sorokkan pada dunia. Cinta yang infiniti kepada engkau. Kadang  aku yakin benar yang engkau memang ada.  Kadang aku dihujani rasa bebal yang bertimpa-timpa. Pagi minggu ini Hiroshi, hari semakin panas dan meninggi. Membawa ke senja yang renta. Seperti aku merasakan diriku.  Aku yang kadang perlu hilang waras. Sebentar.  Ya. Sebentar cuma.

Reset minda yang kadang kau pura-pura tidak tahu apa patut reset

Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi. Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"  Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof. - Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -. Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan.  Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog.  Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai.   Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri. POPPY DAN LELAKI DI KACA TV. Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV.  Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekono...

Kau, aku, secangkir kopi dan kepulan-kepulan nikotin

Barangkali, kerana aku pencinta kopi lalu selalu aku menganalogikan bahawa segala sesuatu yang berkaitan kita adalah seperti kopi.  Kopi itu hitam dan pahit. Gabungan bersama gula dan susu menjadikan kopi enak dan manis. Tapi yang pasti, kopi itu selalu mengundang ketagihan. Kadang terlebih minum membuat kita berjaga sepanjang malam Barangkali, di dalam secangkir kopi yang kau cicip ada cinta yang sedang memekat. Kopi itu sebahagiannya, sejujurnya adalah tentang cinta.   Segalanya tentang kehidupan berpusat tumbah kerana cinta. Lantaran itu, aku sesekali tidak akan sempitkan definasinya Kamu pun tahu. Aku ini bagaimana. Selalu pahit dan sinis dalam berbicara, selalu sulit untuk berbaik sangka dengan orang lain dan selalu bermuka serius saat bertemu orang baru. Tapi kamu selalu, dan masih   senang dengan itu.   Sama seperti kesetiaan kamu dengan kopi.   Kopi hitam yang pahit. Aku selalu membuatmu marah, tapi di setiap baris kemarahan yang ada...

Kangen

Pagi ini, aku terbangun sebelum Subuh. Aku mencari-cari sesuatu. Sesuatu yang mengingatkan aku kepada kamu. Aku bancuh sewacan kopi. Hirup perlahan-lahan. Sambil menyelongkar dapurku. Dan ketemu seuncang teh hijau. Sudah lupus tarikh. Aku simpan. Entah apa-apa tujuan. Aku tidak pasti. Hendak aku katakan cenderahati, banyak lagi yang aku punya. Menyimpan seuncang orcha, adalah tersangat penting pada aku. Sepenting menyorokkan rasa itu. Aku ingat kau pernah kata "The disabled body itself is an art.". Dan aku masih ingat .  Aku kata kau memang gila. Kemudian kita pun menjadi manusia yang sama gila. Dan kegilaan ini harus kita hentikan brangkali. Barangkali. Sejurus kemudian aku dengar kau kata " Anne, jangan hentikan kegilaan ini. Tolong..." Ah! Gila.

Hujan,pelangi dan sepotong puisi

Sumber Di halamanku Hiroshi, langit kembali mengulurkan hujan senja tadi. Seperti   selalu, berjuta neuron mengirimkan kisah yang cuba kita dimakamkan sebagai kenangan di musim   ume gugur tujuh musim yang   lalu. “Musim hujan selalu saja kembali seperti ini“ Lantas aku   serius mengatakan kesedihan akan berkembang biak.   Aku merungut tentang kesulitan yang beranak-pinak. Engkau lelaki dengan tubuh yang pernah disinggahi peluru terus menyanggah bicaraku. Katamu musim hujan bukanlah kesedihan yang total. Engkau bersuara lembut. Cuba meyakini diriku. Katamu lagi, hujan adalah kesedihan yang merindukan warna pelangi. Warna pelangi adalah keriangan dan keceriaan. Keriangan dan keceriaan adalah puisi. Puisi paling puitis. Semakin hari, perkara yang paling aku geruni pasti berlaku jua. Wajahmu   semakin samar dari ingatan. Jika aku gagal menulis tentang kamu Hiroshi, pasti senyum dan tawa   kamu akan terus terpadam. Aku engga...

Obsesi terhadap langit

pinjam via Goole.com Netty si bidadari patah sayap sangat gemar mendongak. Melihat langit. Kadang cerah, kadang malap. Sekarang asyik malap kerana langit Disember asyik meruntuhkan hujan.  Dahulu, ketika kecil pertama kali diberitakan ada sorga; dia sangka sorga ada di atas sana. Kini, dia tahu. Sorga ada di dalam hati Neraka pun sama Ok! Ini metafora.   Sorga dan Neraka cuma ada dalam pengetahuanNya. Dia takut dilebel sesat.  Netty takut masuk neraka Apatah lagi, apabila petanda-petanda kiamat saban hari bisa dilihat. Ada pula ramalan kiamat sudah dekat