Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita moral dan seekor kucing

Selamat Datang. Si Tepok Kecil

Angin berhembus lembut. Namun senafas udara yang dizahirkan cukup menghangatkan suasana. Daun pintu ditolak perlahan. Anne sedikit kaget. Angin sekali lagi menghembuskan senafas udara hangat. Sekali lagi menujah lembut daun pintu. Kepanasan meruap-ruap dan menampar wajahnya tanpa silu.   Anne mahu tidur. Jika dapat biar malam menjadi sepanjang dua puluh empat jam. Biar tertimbus semua kenangan pahit dalam tidur itu. Biar semuanya kaku dan beku tanpa nafas. Namun, dia tahu itu bukan kehidupan. Itu kematian. Kematian belum pasti tenang dan mengamankan rasa. Bangkit! Ya..dia harus bangkit dan buktikan yang dia bukan seperti mereka katakan. Di dapur, si ibu kucing mengiau keresahan. Anne bangun melihat anak kucing tepok yang baru seminggu dilahirkan di dalam  rumahnya. Hati Anne menjdi hiba amat meliha si comel kecil memandang manja ke arahnya. Mata si kecil comel itu seolah berbicara "Sahaja Tuhan takdirkan ibuku melahirkan aku di di dalam rumahmu. Barangkali...

Dunia kucing saya

Budak Blackie ni bulunya kian botak. Banyak fikir kut :p Hari cuti. Tidak jadi buat OT. Baru tahu,  di rumah bersama sebakul warga Afrika  agak memenatkan. Masa inilah mereka nak demand. Biskut-biskut tak mahu layan. Tidur pulak, tempat yang kita tak izinkan. ps; Mereka kehilngan ibu kira-kira 2 minggu lepas. Tamtam kucing yang saya pelihara tidak sampai setahun.

Si kucing berkaki tiga tidak bernama

Jam satu enam minit pagi. Mata aku masih bugar. Coco temankan aku menaip entri. Dia comel. Terima kasih Tuhan; Engkau ciptakan untuk aku makhluk secomelnya. Jika tidak, pasti hidupku jadi bosan. Dia masih comel walaupun sejak mutakhir ini sedikit garang dan ganas. Dia masih comel walau selalu mengoyak-ngoyak kertas. Bikin sampah sarap teratak kami bertambah sepah Dan Dia masih comel walau habis alatan perabot rumah menjadi mangsa cakarannya. Malah kakiku juga kekadang jadi tempatnya melepaskan geram. Bercalar sana sini. Dan di luar. Ada seekor kucing yang sedang membesar dan tidak cukup sifat. Subhanallah ! Tuhan cuma memberinya tiga kaki yang sempurna dan yang keempatnya tanpa telapak kaki dan jejari. Dia agak comel jika dijaga sempurna. Dan aku sudah tidak mampu menjaga untuk yang seekor lagi. Namun, makanan masih aku berikan setiap kali dia bertandang. Kucing berkaki tidak sempurna itu amat tabah, Dia masih survive . Dua lagi saudaranya yang cukup sifat sudah lama tidak kelih...