Langkau ke kandungan utama

Selamat Datang. Si Tepok Kecil

Angin berhembus lembut. Namun senafas udara yang dizahirkan cukup menghangatkan suasana. Daun pintu ditolak perlahan. Anne sedikit kaget.

Angin sekali lagi menghembuskan senafas udara hangat. Sekali lagi menujah lembut daun pintu. Kepanasan meruap-ruap dan menampar wajahnya tanpa silu.
 
Anne mahu tidur. Jika dapat biar malam menjadi sepanjang dua puluh empat jam. Biar tertimbus semua kenangan pahit dalam tidur itu. Biar semuanya kaku dan beku tanpa nafas.

Namun, dia tahu itu bukan kehidupan. Itu kematian. Kematian belum pasti tenang dan mengamankan rasa.

Bangkit! Ya..dia harus bangkit dan buktikan yang dia bukan seperti mereka katakan.

Di dapur, si ibu kucing mengiau keresahan.

Anne bangun melihat anak kucing tepok yang baru seminggu dilahirkan di dalam  rumahnya. Hati Anne menjdi hiba amat meliha si comel kecil memandang manja ke arahnya.

Mata si kecil comel itu seolah berbicara "Sahaja Tuhan takdirkan ibuku melahirkan aku di di dalam rumahmu. Barangkali sekadar menguji keikhlasan dan kejujuran kata yang pernah engkau ikrarkan. Engkau akan menyayangi makhluk sepertiku tanpa syarat" 

Si kecil tepok cuba bnagkit. Terus mencuba. Si ibu mengiau-ngiau. Minta diberikan santapan. Dua anaknya semakin galak menyusu.

Si Tepok kecil redalah. Kita harus bangkit. Aku akan belajar dari ketabahn kamu. Anne kembali tersenyum. Walau hatinya masih hiba bercampur sedikit gusar.

Membayangkan betapa payahnya si Tepok kecil bakal membesar.

Bangkit! Ya. Mereka harus bangkit dan buktikan bahawa sedikit halangan fizikal bukan penamat kehidupan.






Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
eeii.. .nampak nen diaaaa...
Lily Abdullah berkata…
Ye ke he3..tak perasan pulak
tasekM berkata…
nizam... nizam... nen kucing pun jadi...

kah2.





salam kakak.


.
tasekM berkata…
kakak.
adek kesayangan kita kembali menulis.




http://braderblack.blogspot.com/



.
Lily Abdullah berkata…
Tas,

Mencik aku denan dak Nizam ni ha ha :p

Yes,aku letak balik link dia. Aku harap Sood kembali menulis :)


akirasuri berkata…
"Hai! Sayalah planet Bumi. Selamat datang!" kata Bumi kepada Tepok 1 & Tepok 2.

;)
Lily Abdullah berkata…
Planet Bumi,
Si Tepok ucapkan terima kasih.

Tepok seekor je :)

Yang lagi satu tak tepok.

Dan hari ini, si Tepok dah start kena buli ( buli2 manja dengan saudara kandung dia ) :p
LydSunshine berkata…
Tepok Kecil? Nama kucing tu ke?
Lily Abdullah berkata…
Yes,nama kucing. Sempena kekurangan fizikal yang dikurniakan padanya. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...