Langkau ke kandungan utama

Di antara Pap Smear Dan Sakit Telinga

Bunyinya agak sama. Kedua-duanya untuk mengesan penyakit.
Dan saya asyik pergi membuat pemeriksaan telinga. Wal hal saya memang mahu melakukan ujian Pap Smear.

Masalah saya, setiap kali setiap kali ke klinik. Asyik terjumpa doktor lelaki.  Maka saya yang bijak pandai lagi pemalu segera menukarkan bahagian yang saya patut buat pemeriksaan.

"Sakit apa kak? Eerr...err..rasa letih  pulak pagi ni. Nak pitam pun ada.
MA klinik pandang saya atas bawah atas bawah ( Nampak macam okey je makcik ni..)
 
"Apa boleh saya bantu makcik ? Tanya doktor muda berbangsa India.

Err,,eer..makcik sakit telinga :p

Mungkin kita patut kongsi entri LydSunshine di entri ini.

Tak tau nak tulis panjang-panjang macam dia.

Ps : Agak-agak ni kira bohong jenis apa  : p

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Huhuhu... sensitif wooo... aku pun tak sanggup nak sunat lagi... maluuu...
Arai Lekir berkata…
Aku pun kadang-kadang tak selesa bila jumpa doktor lain jantina kalau ade sakit yang _____(segan nak tulis).
sepa berkata…
hermmmm... Dino tuh mengada.!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...