Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tulis apa rasa

Bolehkah dipercayai?

Ketika saya menggugel kata kunci "Lily Mariana Abdullah" saya bertemu ini Membuatkan saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Bilakan sajak ini tersiar dan bilakah tarikh saya menerima saguhatinya.  Mengikut rekod,sajak ini tersiar pada 25/4/2010. Bolehkah pengkalan data ini dipercayai? Suratkhabar lama..paper lama ...siapa ada. Saya mahu lihat hiks! , Yup..yes..biarpun terlambat, saya sudah berjaya membuat print screen pada blog.

Pagi yang gelap

Jam enam pagi. Kedinginan melebar terus. Menggit-gigit kulit hingga ke sumsum tulang. Dari kotak I-Tunes , Lisa Loeb mengalunkan lagu mencari Jake lelaki idamannya. Sudah seminggu tubuh aku deman menahan kesakitan. Kata puan doktor Neurologi berbangsa asing berwajah masam cuka itu hampir sembilan puluh peratusan sarafku telah rosak. Dia marah-marah; kerana aku enggan ambil pain killer . Hampir puluhan tahun bersama kamu pain killer . Cukup-cukuplah. Tekakku sudah bosan loya menelan kamu. Aku tahu kenapa puan doktor marah benar denganku. Aku menolak suntikan Botox . Aku punya sebab untuk menolak. Aku rasa aku masih boleh bertahan dengan diazepam dan baclofen . Siapa yang lebih tahu tentang sesuatu penyakit. Kamu cuma belajar teori dan sedikit pratikal. Dan aku perlu melalui dan mengharungiya untuk seumur hayat ini. Kadang-kadang aku jadi hairan; para doktor yang seagama dengan denganku tidak bising-bising macam kamu. Mereka hormati keputusanku. Aku teringat bicara Kim san pada satu p...