Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cp

Lagenda Kampung Maha Laba

Dulu-dulu. Pertengahan 1960 an . Ada sebuah kampung di Jepun. Kim san bercerita pada aku dalam bahasanya. Dialek Osaka pekat. Dan. Kawakita san menterjemahkan untuk aku dalam bahasa yang aku kurang faham itu. Berulang kali. Supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham. Kata Kim san, di Jepun ramai ibubapa yang membunuh anak-anak istimewa mereka pada abad itu. Kim san bercerita padaku. Sungguh-sunguh. Dan Kawakita san menterjemahkan segalanya dengan teliti supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham. Studio Taihen di pekan Nishiawaji yang hangat waktu itu jadi saksi Bagaimana Kim san berkisah dan Kawakita san menterjemahkannya. Dan aku mendengar dengan penuh minat. Kisah sedih itu. Dulu-dulu. Kata Kim san . Antara golongan kurang upaya, cerebral palsy adalah golongan yang paling hina dan rendah taraf. Paling tidak difahami. Cara bergerak,makan,bercakap lansung tiada persamaan. Lalu mereka dihina, disisihkan dari masyarakat. Sehingga ada ibu yang sanggup membunuh anak-anak in...

Entri tidak bertajuk(ada cerita tapi bukan baru)

Kebosanan………bukan sebab hujan. Harap maklum. Pagi ini hujan. Rintik-rintik. Saya mula dilanda kerisauan. Walau tidak sampai ke tahap maksima, walau saya cuba memujuk hati. Hati tetap hati. Kadangkala ia enggan berdengar bisikan minda mahupun iman. Saya yang kurang fakir dan tidak juga kaya pun fikir-fikir(baca: berangan-angan). Jika berkereta tentu sahaja tidak kebasahan. Ya,tidak kedinginan. Tidak dimarahi kerana kelewatan. Suatu hari suami berkata “Kalau mampu pakai kereta kan bagus”. Kata saya, “Kita mampu ke bang?” Dia diam. Barangkali dia yang tidak fakir dan tidak juga kaya pun berfikir-fikir juga. Kawan-kawan dan saudara-mara bertanya “Korang bila lagi nak beli kereta?” Seperti kebiasaan, saya jawab dengan senyum. Ya, dengan senyuman. Yang kelat-kelat itu. Sebenarnya, saya ingin sekali menjawab begini. “Kalau beli kereta pakai oksigen, dah lama aku beli. Jika ada kereta yang tuang air,boleh meluncur berkilo-kilo meter,tentu saja aku mampu. Dan jika kerajaan Malaysia menwar-warwa...