Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wang

Hujan dan wang

Hujan. Petang ini penuh dengan kerahmatan. Agaknya hujan ini Tuhan turunkan untuk cuci onar sambutan tahun baru semalam. Buntu. Tiba-tiba aku takut untuk melangkah kaki ke tempat kerja keesokkan pagi. Tiba-tiba aku rasa seolah seperti anak kecil empat tahun pertama kali dihantar ke taska. Tiba-tiba aku rasa alangkah selesa duduk dan jadi seorang suri. Tapi - aku tidak boleh begitu. Key Ell ini menuntut aku jadi pekerja. Aku tidak boleh duduk-duduk saja. Wang. Memang bukan segala-galanya. Tapi jangan lupa wang juga menyelesaikan banyak perkara. Wang diperlukan ketika hendak dikapankan. Walaupun wang tidak bisa dibawa ke liang lahad,tapi wang perlu. Tanpa wang bagaimana hendak ke Tanah Suci,berzakat atau sebagainya. Sebenarnya aku bosan menjadi tangan yang asyik menerima, kerana itu aku paksa diri pergi kerja. Esok kembali ke rutin.Bangun jam 5.00 pagi. Selepas solat,tergesa-gesa aku bersiap dan panjat motor roda empat suami ke stesyen komuter UKM. Aku perlu bergegas. Antara 6.30 hingga ...