Jun 2008, Kuala Lumpur. Kadang kala. Ada waktu, bernostalgia sebentar atau berimiginasi sejenak. Mungkin mampu menghilangkan kepenatan dan tekanan hidup yang dilalui. Bukan maksud, mau melarikan diri dari kerumitan. Yang rumit, tetaplah rumit. Cuma kita, ada ketikanya, perlu melihatnya dari sudut yang lebih positif. Hari ini dan semalam. Satu Malaya kecoh pasal kenaikan harga petrol. Sewaktu pulang kemari dari kampung, saya melihat deretan kereta di setiap stesyen petrol dari Bandar Tasik Selatan ke Bangi. “Kerajaan Malaya memberikan petrol percuma untuk malam ini sahaja” Gurauan bersahaja abang yang membawa teksi. Saya tersengih. “ Huh ! Nasib baik belum pakai kereta”. Tapi, saya tidak bisa tersengih lama-lama. Kenaikan petrol, bermakna tangki motosikal suami tidak lagi penuh jika diisi dengan ringgit Malaysia tiga. Kini, kami memerlukan tambahan dua ringgit lagi untuk memenuhi tangki kenderaan beroda empat yang bukan kereta itu. ******************************************** Nishiawaji...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi