Namanya Kasim. Kasim bin Kasman. Minggu lepas dia masuk ke computer lab. Macam selalu. Bukan belajar. Hanya dengar lagu. Cuma itu yang dia tahu. Kadang-kadang aku klik Microsoft Word dan suruh dia menaip apa-apa. Dia pun menaip. Jika a hurufnya,maka AAAAAA lah sampai tamat kelas. Kalau nombor satu, maka satulah ditaipnya sampai berbilion juta. Itulah dia. Kasim bin Kasman. Pernah aku tanya kak Timah, pekerja paling senior di pusat itu. Berapa umur si Kasim. Kata kak Timah, dua puluh tahun lebih tua dari aku. Minggu lepas Kasim tanya aku. “Kakak, undi tu apa?” Aku tidak jelas. Sebab aku dan dia sama. Speech Disabilities . Kata para doktor dan terapi. “Ngundi tu apa?”Aku kalut. Bagaimana hendak menerangkan padanya dengan bahasa paling mudah. Akhirnya. Aku beritahu dia. “Mengundi tu ialah pilih perdana menteri. Macam Pak Lah sekarang. Macam Dr. Mahathir dulu-dulu. “. “Oooo” . Kasim sambil anguk-anguk kepala. “ Kasim boleh ngundi kan?” . Dia tanya lagi. “Tapi…..” dia sambung. “ Ada or...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi