Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lewat lagi

Mimpi dan ketakutan tahap maksima

Pagi ini. Tidur jam satu pagi. Sibuk mengumpul bahan tugasan. Sibuk dengan proposal -proposal. Pagi ini. Bangun jam lima pagi. Enam setengah pagi sudah berada di atas kenderaan panjang dan bergerabak itu. Mengantuk dan aku pun terlelep seketika. ‘ Indah lelapku ‘ucap Irwan Pilus dalam lagunya. Aku bermimpi tapi bukan tentang duyung. Mungkin tentang untung. Entah. Aku sudah lupa. Sedar-sedar sudah berada di sebuah stesyen yang agak asing. Tetapi bukan Osaka shin . Bukan KLIA . Yang pasti bukan KL Central . Jam sudah delapan pagi. Aku tanya seorang lelaki. “Kat mana ni bang?’ Lelaki itu seraya menjawab. “Bank Negara cik”. “Cik??” Eh….aku puan bukan cik lagi. Hah…ini kali kedua aku tertidur dalam kenderaan panjang bergerabak milik KTMB itu. Kali pertama dulu, cuma terlepas satu stesyen sahaja. Aku pun berpatah balik. Naik semula yang lagi satu. Buat bodoh tanpa tiket. Nasib baik terlepas. Otak fikrku sudah letih memikirkan soal kelewatan ke tempat kerja. Turun dari LRT stesyen Asia Jaya,...