Langkau ke kandungan utama

Tanah Kubur

Aku digeruni, tidak pernah menjadi rebutan
semua tahu mati itu kebenaran
manusia jarang mahu ambil peringatan

Aku digeruni, ketika talkin dibacakan
selesai mayat dikapankan
munusia kembali berbicara 
tentang tanah bernilai jutaan

~ 24 Jun 2011~

Ulasan

Lily Abdullah berkata…
aku , si tanah kubur. :)

Salam dan selamat pagi Addy. Semoga kamu baik2 hari ni
*Mawar Nafastari* berkata…
takut untuk ke sana, cukupkah amalan kita..

tapi hidup lama pun takut juga, takut melihat kemungkaran yg sudah menjadi-jadi kini...

dan amat ingin ke sana, untuk berjumpa Pencipta dan dia...
Nizam.Ariff berkata…
Mawar Nafastari, kamu seorang wanita yang tabah... aku belum teruji seperti kamu dan aku berdoa agar tidak diuji langsung (kalau boleh) kerana aku rasa aku tak mampu...



Kak Lily,
mungkin mereka berbincang pasal tanah di nirwana kut... hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.