Langkau ke kandungan utama

"Tuhan, kirimkan saya jari-jari cantik" Netty

Netty tersenyum. Memandang kedua telapak tangannya. Mendongak ke langit yang sugul dan berdoa.

" Tuhan, krimkan saya jari-jari cantik. Secantik jari bidadari. Tapi saya tidak mahukan sayap  itu"

Netty sang pemimpi. Kuat berangan. Kadang bagai gadis kecil.

Ulasan

aza ni berkata…
kenapa tak mahu sayap?
Nizam.Ariff berkata…
... sedangkan ayu jannah beria-ia mahukan sayap-sayap yang cantik...
puding roti berkata…
dr dl sy selalu rs sy tak cantik mcm org lain. tp sy rs jari sy cantik. tak pe kan perasan gitu? hihi :) (tp skrg jari sy dh dompok sbb makin montel ;'( )
ckLah @xiiinam berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sepa berkata…
kak,

saya sangat suka tengok criter Laskar Pelangi... dan criter sambungannya, Sang Pemimpi...

*sehinggakan saya rasa teringin nak melawat Pulau Belitung...!

:)
sepa berkata…
izini saya tulis sikit kat sini, kak.

*dalam Laskar Pelangi...
Ika jatuh cinta dengan Aling, hanya dengan melihat jemari halusnya menghulurkan sekotak kapur tulis lewat lubang kecil.
tapi, Aling berhijrah ke kota. Menghadiahkan satu kotak kosong yang tercetak gambar Eiffel Tower. dan... dari saat itu, Ika memasang niat untuk ke Paris.

*dalam Sang Pemimpi...
Ika berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat master... dengan bantuan dan bersama sepupunya, Arai.

:)
sepa berkata…
dan...
mereka ke Paris.
Makbonda61 berkata…
Laskar pelangi mengingatkan kehidupan lampau Makbonda.
Lily Abdullah berkata…
Kak Has,

Kita barangkali berkongsi pengalaman yang sama kak.

Sepa,

Sangat sayu sampai menitis air mata. Betapa AH berjaya menggambarkan kemiskinan dan dan kesempitan hidup tanpa menggunakan perkataan tersebut.

Cara AH menggambarkan perwatakan ayah Lintang

...Lelaki itu berpotongan seperti pohon cemara angin yang mati disambar petir...

ms 8.

Nizam dan Azani,

Netty tidak tamak. Sayap itu permintaan yang sangat melampau.

Netty kata pa berlu bersayap tanpa sepasang tangan yang sempurna :)

Kak Lah,

Sedapkan lagunya? Asal tidak melalaikan layan saja ha ha.

Adik Puding Roti,

Jari kakak makin berkedut ha ha.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam