Langkau ke kandungan utama

Menukarkan tribulasi kepada nikmat siri 2

Life is like a book
everyday has a new page
with adventures to tell,
lessons to learn, and
tales of good deeds to remember
have a good episode.

~Maman via email empat tahun lalu ~

Tebalnya buku kehidupan. Saya berkongsi sebahagian bersama. Sejujurnya, masih berusaha menukar tribulasi kepada kenikmatan.

Sebagai pesakit saraf yang agak kronik, ubat-ubatan akan menjadi teman sepanjang hayat. Insiden tersalah suap ubat beberapa kali berlaku.

Kadang, dalam situasi kelam kabut kesilapan boleh terjadi dan setakat ini syukur belum sampai tahap perlu muntah dan masuk hospital.

Situasi 1

Saya pernah tertelan dua biji Diazepam. Akibatnya, saya khayal-khayal dan tertidur sepanjang hari.

Situasi 2

Bulan lepas,ketika mengambil bekalan ubat di HKL saya bersua dengan seorang lelaki Cina yang mengamok sakan kerana petugas farmasi enggan membekalkan Diazepam kepadanya.

Moralnya, situasi tersebut mungkin terjadi kepada saya kerana Diazepam merupakan ubatan psikotik. (Doktor, tolong betulkan maklumat ini jika saya tersalah infomasi)

Kadang timbul ketakutan dalam diri dengan pengambilan ubat-ubatan ini.
Jadi, saya pun bertindak mengurangkan dos sendiri.  Secara drastik. Cuma dua kali saya tidak menagmbilnya. 

Natijahnya, amatlah buruk. Tangan menggeletar teruk. Jiwa kacau. 
Rasa hendak 'telan' dan mungkin 'membunuh' orang pun ada.

Maka, saya kembali kepada dos yang disyorkan.

Situasi 3

Semalam(maksud saya beberapa minggu yang lalu) Saya mengambil dua biji Piriton kerana menyangka ianya Baclofen. Baclofen yang dibekalkan kadang berwarna putih, kadang berwarna kuning macam Piriton.

Maka sepetang, saya tertidur mati. Nasib baik tidak benar-benar mati. Sehingga terpaksa mengqada solat.

Begitulah hari-hari yang saya jalani. Dulu, saya merasa diri malang sekali. Selepas 'celik mata' dan melihat dunia rupanya tidaklah seburuk mana.

Sekurang-kurangnya, saya bukan Bidasari. Terpaksa mengheret tabung oksigen ke sana ke mari. 
Info berkaitan
ps. Entri ini diterbitkan secara berjadual





Ulasan

akirasuri berkata…
Kak Mar yang saya kenal, adalah seorang wanita yang kuat. :)

Nanti kita ngopi eh dengan abang sekali. Lepas tu kita jalan-jalan tepi pantai nak?

Nanti bulan 2, insya-Allah.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...