Langkau ke kandungan utama

Masih rasa nak me'rebel'

Aku. Berjanji dengan diri. Tidak akan buat kerja hujung minggu lagi. 

Tadi aku tiba-tiba tercakap ke kakak PAP (Pembantu Am Pejabat) "Kak Mie, hujung minggu ni free tak?"
"Free " Jawab kak PAP. 
"Nanti Kak Mie tolong.."Sambung kakak PAP yang memang sudah kenal maksud pertanyaan itu.
"Tak pe lah. Tak jadilah kak"

&&&&&

Tadi dia tegur. "Kata tak nak bawak balik kerja ke rumah. Ni apa?" Sambil tunjuk-tunjuk gambar tandas tersumbat yang aku tengah sunting copy dan paste masuk ke MSWord.

"Alaa..gambar je.."

Bos kata esok laporan ni mesti sampai ke PPD. 

Bos? Aku cepat-cepat ubahsuai halaman blog.

Ucwh! Rasa nak menendang tong sampah masih ada.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
cer jauhkan sikit tong sampah tu...

kurang sikit masalah akak dgn tong sampah tu...

kakaka
akirasuri berkata…
"Ucwh! Rasa nak menendang tong sampah masih ada."

Comel gila. Haha.
tasekM berkata…
tinggi sikit rebel tu... kita kasi pecah itu tong sampah.

amacam..?
lonelyroseblack berkata…
sabar kak...hidup memang mintak banyak sabar..hehe.. :)

salam hormat... :)
Faaein Talip Roy berkata…
hahaha..

rileks lah kak..

macam ni lah hidup..


;P
Lily Abdullah berkata…
Faaein,
ha ha..rilex dah ni yang. Kalau tak rilex dah lama tak keluar rumah.


Rose,
Eh..dah bukak blog semula ye..jap na gi tengok.

tas,
Up kan lagi. Kita beli petrol dan bakar je ha ha..

Nizam,
Asal keluar je jumpa, cam ne nak jauhkan diri. Hari2 wajib jumpa sebab nak buang sampah :p

Ati,
ha ha..comel gila kan. Baru perasan ayat marah yang comel :p

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...