Langkau ke kandungan utama

Saat hati sedang rentung


..............
Saat hati sedang rentung. Saat jiwa dan fizikal sedang sarat dengan kesakitan, menulis adalah penawar paling pantas untuk itu. Atau lidah lebih baik mengalun zikrullah

Bagi aku,kedua-duanya amat perlu.

PC sakit diserang virus sama macam tuannya.
Internet slow macam siput sedut
Telefon genggam mensabotaj aku
Tangan jemari kaku untuk menconteng laman kalian. (aku berbesar aku kerana kalian masih sudi membaca entri ini.)

Dan aku terpaksa menjawab soalan-soalan dalam dewan bak peti beku rumah sembelihan;suhu kamarnya tidak mesra dengan kondisi kesihatanku.

Ps: Inilah jawapan-jawapan sementara untuk komentar-komentar kalian dan kenapa aku ber”hibernasi”.
Kepada kekanda Naga, terima kasih kerana sms dan Amyz – terima kasih untuk kad undangan.


.............................

Di luar hujan masih merintik. Minta hadiahkan aku sekaki payung kekasih. Yang berwarna-warni dan kalis api,air atau ribut salji.
Atau aku perlu menanti hingga hujan itu teduh!




Ulasan

SHIMI berkata…
hidup memang perlu menghadapi pelbagai keadaan.
ckLah @xiiinam berkata…
Andai rintik hujan itu bisa menyembuhkan rentung di hati,rempuh sahajalah.....

Tapi, lebih baik tunggu teduh, kerana "jiwa dan fizikal"mu yang sedang sarat dengan kesakitan itu. Bimbang titisan hujan akan membuat segalanya lebih parah...
Amyz! berkata…
terima kasih kembali.. :-)

jangan hibernasi lama2..
Sastri berkata…
salam kak... kata ada sms? tapi saya tak dapat pun sms dari akak...

kak, at this moment, i feel you... be tough ok... everything will be alright...

*hugs*
Ungku Nor berkata…
tunggu teduh dulu..FAISAL TEHRANI.

;D
13may berkata…
sediakan payung sebelum hujan :)
jagoan berkata…
Langit mendung tak semestinya hujan kak!

Tapi, belah pantai timur berwaspada, musim banjir.


.
AieSha berkata…
get well soon!! ;P
Tanpa Nama berkata…
semoga cepat kembali. saya doa. dan jika Dia dengar.

tangan pun boleh diguna untuk memayung.
Layla Haq berkata…
masih berhibernasi? Semoga cepat pulih dari percaturan perasaan itu.
Biar indah. Biar gundah. Biar apa sekali pun. Hidup perlu diteruskan kak.
A t i Q a h berkata…
Aiyoh kak! Teruskan hidup ini.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...