Langkau ke kandungan utama

Mahu jadi bidadari (tapi bencikan sayap itu)


Selamat pagi dan selamat untuk detik-detik yang seterusnya.
Hari masih kelam. Dingin.
Matahari telah muncul.
Walau langit sedikit mendung.
Ninie berdoa pada Tuhan.

Moga-moga dia bisa bertukar menjadi bidadari.


Kecil dan comel!
Sampai boleh mencelah masuk ke setiap saluran darah seorang anak muda.
Menyelinap ke setiap degupan jantungnya.
Lelaki yang dicintai

Biar aku namakan dia Zul Hisham bin Harun Ar Rashid!



*Ninnie macam Netty dan Poppy. Meraka bencikan sayap itu*

carian pakcik goole.com

ps; Jika  kucatatkan kisah sebenar, bunyinya sungguh palat. Dulu dan terkini.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Ayu Jannah pun nak jadi malaikat (semula) tapi tak mampu kerana tak ada sayap untuk dia terbang keluar dari pulau pengasingan itu...

kalau ninie tak nak sayap, sila berikan sayap itu kepada Ayu ek...
so'od berkata…
"Sayap mungkin simbol kebebasan tapi bukan penentu kebahagiaan..." kata lelaki tua bersayap gedang itu.
ckLah @xiiinam berkata…
...yalah, susah nak pakai baju dengan sayap itu!
sepa berkata…
best jugak kalau bidadari boleh berdiri di sebelah jantung dan dgr dengupannya... :)
Lily Abdullah berkata…
sepa,
Ada. Barangkali kita tidak sedar :)

Kak Lah,
Betulkan kak? ha ha..Bayangkan nak pakai baju dengan masukkan sayap tu. Agak2 kena tebuk dengan iron macam baju akak tu kut :p

So'od,
Barangkali benar kata lelaki tua bersayap gedang itu. :)

Zam,
Nanti merekafikir dulu. Benarkan meeka tidak mahukan sayap. :)

Entri gila apa yang saya tulis sejak akhir2 ini pun tak tau. Terama kaish kerana masih sudi membaca.

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...