Langkau ke kandungan utama

Hari cerah, hati murung. Apa kata kita tulis sebuah puisi kosong?

....atau letak jawatan sahaja ? atau bertukar ke mana-mana ? Sebenarnya persoalan inilah yang berlegar-legar di dalam minda di sebalik fiksi-fiksi mengarut itu.

Dan hari ini perasaan marah dan kecewa semakin parah. Sukar lagi bersembunyi di sebalik fiksi-fiksi.


Ulasan

so'od berkata…
"Sabar dulu, buk. Tunggu bingkisannya sampai," pujuk Yanto.
Makbonda61 berkata…
Jangan biarkan ianya parah,rawati sedikit demi sedikit.....
Nizam.Ariff berkata…
Jom masuk kelab 'jiwa-jiwa yang parah'
Lily Abdullah berkata…
" Yanto, terima kasih. Bukunya sudah tiba. Bacanya belum dek. Gue capek sekali" Anne Lily.


Hikhikhikhik! Waa..kira masih boleh gelak ketawa tak de le parah sangat kan Kak Has.

Zam,
Jom..presiden nya sape weh...
Nizam.Ariff berkata…
presidennya adalah orang yang paling parah jiwanya diantara kita-kita... keh keh keh


errr.. aku dgn akak mana lebih parah ni?

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...