Langkau ke kandungan utama

Berbicara bersama bulan




Semalam, dia tiada sesiapa. Lantas dia memilih untuk bercerita dengan Tuhan.
Kemudian, berbicara dengan bulan.
dan seekor kucing tidak comel sebagai teman.
.
.
.
Pagi baru menyusul lagi mencipta episod baru untuk hari ini.
Dia menerung ke dalam diri yang punya banyak khilaf.
Mengaku kepada diri dan Tuhan akan penderhakaannya.

Barangkali sebagaimana dia mengaku
Dia pembeli buku yang derhaka
Juga seorang yang penulis yang khianat dengan impiannya.

Mutakhir ini, hidupnya menjadi kelam kabut
Lantaran melakukan perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa.
Tapi dia yakin, dia telah melangsaikan tanggungjawab dan amanah sedaya mungkin.

Pentas, dia merindui kamu. Tapi itu tidak akan membawa dia ke syurga hakiki.

Dan sebuah sajak untuk tatapan teman-teman. Yang entahkan benar tersiar,entahkan tidak

HENTIAN PUDURAYA DALAM KENANGAN
 1/
Saat aku turuni tangganya,
Pandangan terus tertancap ke hadapan
Cuma sesekali ku toleh kiri kanan
Deru enjin Bas Trans berlalu
Angin dan hujan rintik bersatu,
Bermesra hingga basah tudungku

Tiada siapa melambai sendu,
 Terlanjur melangkah
Harus terus tabah,
Walau ada sedikit gusar
Ku lepaskan satu persatu

"Ah! Ini bukan rindu”
Tempik hati cuma ilusi palsu,
Aku sekadar kelu dan lesu,
Di hari dan situasi baharu.
Stesyen ini kalis silu,
Dalam gerimis, udaranya masih pijar beku,
Penumpang turun naik tanpa memperdulikan aku

/2./
KetentuanMu,
Bahawa aku dan segala yang berada di sini bersatu,
di dalam genggam takdirMu,
pertemuan kita pun bermula
umpama laut dan langit biru
segalanya masih kekal  di sini

/3/.
Dan entah apa yang terkurang
aku, masih mahu
sesekali menoleh
mengejar rindu.

Lily Mariana Abdullah
PLPP Bangi

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
hentian puduraya,
cinta kami pernah berlaku,
bersatu di situ
akirasuri berkata…
ehhh? masih di PLPP bangi ke kak? kalau iya, boleh buka sama-sama. :)
tasekM berkata…
kak.
sori tak reply sms.
hp aku dh jahanam.
bulih baca sms.
tapi.
sat gi aku nk menaip dia padam.
taip pendek2 je bulih.
heh.


.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...