Langkau ke kandungan utama

Tunjuk sikit pejabat engkau Lily

Meja tulis

Meja taip-taip

Tak cukup meja

Pun tak cukup meja

Eh! Lupa pula nak snap yang bahagian tertutup tu

Atas pun tidak bersussun

Tak cukup kabinet, atas kerusi pun jadi

Sini pun boleh saja
Pejabat yang kedudukannya agak terpencil, jauh dari pejabat bos dan tidak dikongsi dengan sesiapa boleh menjadi sorga.

Boleh menyemakan pandangan.

Jangan sekali-kali mengaku engkau malas berkemas.

Kalau Khadijah datang,mesti dia geleng kepala seratus kali.

Kalau encik-encik dari PPD datang, saya akan keluar dahulu.  Tunjuk mana-mana lokasi kerosakan.

Jika diberitahu ada pemantauan jabatan, saya berkerja lebih masa dua hari dua malam.
Sebetulnya saya tersepit, mahu siapkan kerja atau mengemas.

Tunggulah, cuti Krismas nanti saya cuba megemas.

Eh! Ngeri pulak. Yang tertinggal cuma abang-abang jaga.


Ulasan

kingbinjai berkata…
upah abanh jaga kemas
sepa berkata…
meja saya lg tak kemas, kak. :)
Lily Abdullah berkata…
King,
Dah kemas sikit2.

Sepa,
Orang lelaki meja selerak orang tak cakap apa. Kalau perempuan sendiri la mau ingat ha ha.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...