Langkau ke kandungan utama

WHAT A DAMM STUPID THING!!!

Saya selalu membaca blog saudara Hamizi - tujuannya cuma satu untuk mencari ilmu agar tidak ditipu majikan,diperkudakan oleh oleh rakan-rakan sekerja dan menjadi seorang pekerja yang amanah. Mudah-madahan saya tidak makan gaji buta dan dipersoalkan di akhirat kelak. Tahun depan meupakan tahun ke 3 saya berada di syarikat tersebut. Persatuan yang ala-ala memperjuangkan nasib OKU gitu. Namun begitu entah kenapa,sejak akhir-akhir ini saya rasa diri saya begitu terianaya di buat dek majikan saya.

  1. Saya tidak ada deskripsi kerja.
  2. Cuti umum pun (bukan atas kemahuan saya),gaji saya tetap hilang.
  3. MC saya selalu "hilang"
  4. Pergi exam pun gaji hilang.
  5. Nama kerja saya dalam surat perjanjian(kontrak) adalah pembantu guru. Tapi di samping mengajar saya juga kena menyapu,mengemop lantai,mengelap tingkap & komputer.)
  6. Baru-baru ini saya disuruh buat "maintainance"komputer.
  7. Tahun depan saya di suruh mengajar Autocard untuk budak-budak yang ada learning disabilites(memang gila punya suggestion - entah dari siapa & saya pun terpaksa pergi belajar(dengan biaya sendiri) sebab diri sendiri pun tak pandai).
  8. Bila ada guru berhenti,jawatan tersebut tidak datang kepada saya directly,walaupun ditanya berkali-kali. Able body yang diambil dan segara dijadikan permenant staff. Warna kulitnya sekulit dengan warna kulit majikan2(saya banyak boss) . Adakah saya racist? Betulkah saya prajudice??.
  9. Tahun depan ada khabar-khabar angin,mereka akan ambil guru computer baru - yang ada diploma /degree(mugkin juga sarjana heh..heh..heh..). Saya mungkin terus jadi tukang cuci. Tak mengapalah rezeki saya di tangan Allah...

Ulasan

posmen berkata…
kak, anda boleh dapatkan rujukan dari mahkamah industri. sekadar bertanyakan pendapat, tiada salah kan..?

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...