Langkau ke kandungan utama

Semuanya tinggal kenangan......




Semalam saya terjumpa kembali CDR yang Pay hadiahkan kepada saya - photo2 selepas/sebelumpersembahan kami yang lalu "Forest of Remembrance"(Hutan Kenangan) .Kini semuanya benar-benar tinggal kenangan......Kini segala sudah tiada....Saya seorang yang praktikal walaupun berangan-angan merupakan hobi saya.
Saya begitu ingin mementaskan "The Lagend of Maha Laba Village ."Sebaiknya on the end of June 2008. The Legends of Maha Laba Village is Ms. Manri Kim's script. It was perform several times by Taihen Performance Troupe in Osaka.
"This epic story is about the rise and fall of an isolated small village built by the disabled people who narrowly escaped from the massacre. Although it is a fictional plot, it also can be interpreted as the true history that the disabled people had to undergo in the world filled with the eugenic ideology. The production highlights the vulnerability of human existence and the dignity of life.
Entahlah....kata Nala -saya perlu praktikal. Petra cadangkan saya cari volunteer baru. Saya??- I 've nothing. ZERO..I am at the starting point.
Pix 1 -me and Pay(Hafizzal Bukhary Burhan). Baik dan manis orangnya. Saya kenal dia menerusi internet. Pertama kali jumpanya kat KL Central - saya sangka dia "mat rempit". Cerita punya cerita rupanya kami satu university,cuma berbeza kursus. Dialah di antara lelaki yang masih mahu mendidik anak bangsanya(cikgu BI tuu....) Saya tabik kat dia. Pssst....yang sebelah tu betul ke photo saya...itu perempuan yang di"cat" mukanya :)
Pix 2 - Pay & awek2 Jepun(Kanae,Hiroko,Sakomoto dan Meera san). Miss them everyday
Pix 3 - Pay & Kanae-san yang comel
p/s- I need volunteers please(new participants and new hope)

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Pinjam eye shadow.....




:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...