Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

10.7.12

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang.

"Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?'

Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan.

Kredit : http://www.lurvely.com/photo/3817544476/Rainy_Days_and_Mondays/

 

9.7.12

Hujan menjadikan kita kadang sepi dalam riuh rintiknya

Hujan gugur
langit bertranfomasi
alangkah indah jika
ada engkau
di sini 

Mutakir ini
telah aku tutup segala
pintu mimpi
yang menghubungi 
serpihan  rindu


Gundah resah
menjentik rasa
pasti barah dosa
membunuh kita nanti

Walau kita tahu
hujan menjadikan kita 
kadang sepi 
dalam riuh rintiknya

sumber foto : pakcik gugel
ps: Dicatat kala langit mendung (hujan belum turun) dan kebosanan asyik tulis laporan.



7.7.12

Mereka dan sepasang tangan ajaib

 i.
Sepasang tangan ajaib gred A akan merubah yang ada kepada tiada dan yang binasa kepada sempurna walau tidak secara total barangkali. Begitulah dia. Apabila diwar-warkan dia akan melawat kawasan tertentu, maka dalam masa kurang sebulan ada jalan berlopak akan berturap. Semak-samun bertukar menjadi hijau dan lapang. Surau usang disolek cat baru. 

Sepatah kata untuk dia. Datanglah ke lokasi saya. Semoga bangunan bocor sana,tembus sini akan segera dibaiki tanpa mengikut karenah 'beruk' krasi.  Tanpa alasan kekurangan peruntukan atau dana perlu mengikut prosuder yang ditetapkan.

ii.

Sepasang tangan ajaib milik saya tidak lagi bermakna, apabila saya gagal melunasi tanggungjawab dan impian. Sentuhan tidak lagi menjadi keajaiban.

Sungguh saya berhak untuk merasa kecewa. Entah bila saya mampu bangun dan meneruskan mimpi.


iii.

Dia punya sepasang tangan yang mampu menulis biasa-biasa sahaja. Tiada isu-isu besar seperti LGBT, murtad dan aurat atau isu-isu peribadi politikus yang begitu memualkan. Barangkali gossip para seleberiti di waktu bercinta bagai 'dunia mereka yang punya' diakhiri dengan perkahwinan umpama neraka. 

Dia menulis hanya menulis tentang dunianya. Mengikut perkadaran perasaan pada satu ketika.  Kadang indah khabar dari rupa. Dunia tanpa pancaindera yang sempurna. 

Tentang cinta yang tidak terluahkan. Tentang itu cuma. Maka jika ada yang bertanya, maka dia sekadar menjawab sambil tersenyum kelat. "Bukan, saya bukan penulis". 

 
iv. Serangkap kata dari tangan yang tidak lagi bisa mencipta keajaiban

Di atas bantalan batu-batu dan pasir biru
jadilah sebuah rumah rapuh
ke sana ku bangun mimpi-mimpi luruh
alangkah keruh nyanyian penyair pilu
keluh kesah masa lalu
 .