Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang selalu menutup galau dan resah menerusi tawa dan senyuman. Dia menulis tentang dirinya, tentang dunianya. Dan untuk perkara-perkara lain dia tidak pernah ambil pusing. Selalunya. Teruja dengan diri, Kutuk rakan-rakan. Dia sememangnya seperti saya. Apabila menulis, dia akan menulis tentang hujan dan puisi. Setiap kali bercerita tentang kucing-kucing peliharaannya, dia akan ketawa riang. Apabila salah seekor kucing kesayangannya mati, dia akan sedih berhari-hari. Dia hanya meluahkan rasa melalui fiksi-fiksi dan puisi di blog. Kata seorang kawan, apa guna meluah rasa pada blog,twet dan fesbook. Ada baiknya kau hamparkan sejadah, mengadu pada Tuhan. Dia seperti dia. Dia kata "Oh! haruskah dicanang satu dunia maya, aku hampar sejadah dan bersujud dengan doa yang berpita-pita" Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang kadang keliru dengan pendirian sendiri. Selalu tidak sampai hati untuk berkata 'tidak' untu...