Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Kamu dan dia

Sejak mengenali kamu, dia sudah tahu. Dia jatuh cinta padamu. Hari ini, kamu mati. Dia terasa kehilangan. Sebahagian dari jiwanya telah hilang. Lalu, dia meneruskan kehidupan ini seadanya. Bangun pagi. Lakukan rutin-rutin yang perlu. Keluar berkerja menyara kehidupan. Esok pun sama. Lusa juga begitu. Hari-hari seterusnya barangkali begitu. Bosan? Ya..memang membosankan Hingga suatu hari. Dia ketemu cinta baru. Dan hilang lagi. Suku jiwanya pun mati lagi. Dia mengulang semula rutin yang ada. Bangun pagi. Bersolek seadanya. Barbaju sekadar mentup auratnya. Dalam usia empat puluhan, apa sangat yang perlu difikirkan. Selain melihat bunga layu ...dan daun gugur! Dan bersedia apa yang perlu untuk kembali. PS: saya berharap pembaca blog ini menjawab soalan udian di sebelah. Terima kasih.

Lagu hari minggu

Dia berdoa. Rumput akan terus hidup. Segar. Biarpun dibenci dan dipijak orang. Rumput juga cantik! Dem! Pagi ni gua terpaksa pergi habiskan kerja.

Berjeda

Tiada hati mahu ketawa Emosi asyik tidak punya kestabilan lagi Hati dan perasaan tidak lagi kebal Ah! Kalah lagi. Tuhan kembalikan hatiku yang lalu atau gilap kembali Beri sekeping yang baru!

Al Fatihah. Semoga kamu aman di sorga kerana di sini banyak penghinaan dan derita

Masih ingat lagi entri saya yang ini ? Kassim atau nama sebenarnya Kamal telah kembali ke Rahmatullah semalam. Penyakitnya sama dengan apa yang saya alami sekarang. Mulanya kami bergantung kepada ubat-ubatan, suntikan Botox, terapi itu ini. Sampai waktu, kembalilah kita mengadap Allah Yang Esa. Bezanya saya dan Kamal; saya ada perhitungan kerana saya punya akal yang sihat dan cantik. Keuntungan pada Kamal saya kira; dia akan ke sorga tanpa ada bicara. Al Fatihah! Sedikit kemaskini - untuk rakan FB. blogger dan chatting saya saudara Nafastari atau nama sebenarnya W Ahmad Fadzil W Omar yang jua kembali ke Rahmatullah beberapa minggu yang lalu. Semoga isterinya Mawar dan keluarga tabah selalu. Saya benar-benar tidak menyedari pemergiannya sehinggalah semalam. Cerita seterusnya di sini

Coba

Tahun ke enam aku mencuba Umur pun sudah merangkak genap ke empat puluh satu semalam Dan aku masih mencuba untuk berdiri, berlari dan mengerti kadang aku jatuh tersungkur dan kalah Terima kasih untuk rakan-rakan yang meraikan saya via Facebook dan sms.

Pada suatu hari..

...yang dirasakan hidupnya tidak menjadi seperti diingini; dia lantas mendongak ke langit dan berkata "Oh! Langit masih cerah dan awan masih cantik" Sebuah kisah lain. Bayangkan ketika jam 11.00 pm, seorang makcik yang pelupa menerima panggilan dari kakak pengawal keselamatan "Puan, puan terlupa menutup kipas di pejabat dan kipas tu berpusing laju." Makcik pelupa pun dengan pantas berkata" Takpe kak, kejap lagi saya ke ofis, offkan kipasnya" Eh! Jam sudah sebelas Budak-budak asrama dan warden-wardennya pulang ke kampung. Makcik pelupa perlu berjalan melintasi pokok besar dan rumpun buluh yang cantik itu (dibaca: menyeramkan) Ah! Makcik pelupa fikir-fikir. Kalau tidak pergi nanti pejabat terbakar,siapa hendak jawab. Pergi juga...ah! selamat. Balik dan menulis entri ini ..dan rasa seram sejuk mahu demam. (Alasan untuk bercuti sakit) Ah! Betapa keji

Cerita di sebalik status Facebook saya hari ini

"Perempuan kata mereka, sedih pun menangis,gembira pun menangis. Tapi hari ini saya pun menangis kerana terguris hati dengan kata-kata " Saya tidak suka dengar alasan tidak tahu". Apa ? Selama ini, dia tidak fikir saya sedang belajar menyesuaikan diri dengan kerja baru saya walau saya tidak menyukainya." Demikianlah bunyi status FB saya hari. Selain dari reaksi seorang kawan blogger yang pernnah saya temui kerana bersama melawat adik botak di hospital seketika dahulu dan reaksi bekas pelajar saya di tempat kerja lama; tidak pula saya menyangka luahan hati saya itu mendapat reaksi daripada Puan Ainon Mohd. Termalu-malu juga saya jadinya. Tetapi, ada benarnya bicara Puan Ainon. Kita boleh memilih apa jua perasaan yang mahu kita rasakan. Entah kenapa,hari ini saya memilih untuk merasa terguris hati. Lalu saya pun menangis semahu-mahunya dari pagi hingga membawa ke tengah hari. Hingga makan pun tidak berselera. Sehingga di dalam solat pun terganggu-ganggu. Astagfir...