Langkau ke kandungan utama

Rindu

Kembali yang entah. Barangkali, not-not dan nombor telah menelan kata-kata indah.Hanya ini. Kata ayahanda, jika aku tahu menulis; mahu aku bukukan kisah duka mencari sesuap rezeki untuk kamu anak-anak.

Ayahanda,kisah kita sudah tidak releven dengan isu-isu semasa. Aku menulis dan mungkin sudah masuk recycle bin editor media perdana.

Maka ku tulis di sini sahaja; untuk aku supaya tidak terlupa sejarah.


Nyanyian hujan dalam sajak

Nyanyian hujan adalah seberkas kenangan silam bersama
gadis-gadis kecil menadah kumpul air mata di dalam dulang sengsara
bonda menadah air minuman dari pili jiran tetangga
mereka menyuap nasi bertemankan sepat kering dikongsi dua

Nyanyian hujan adalah nyanyi hiba gadis-gadis kecil
dimarahi guru, buku tulis jelaga asap pelita

Tika rumah tetangga terang bercahayakan lampu dan tivi berwarna
mereka berkasut koyak, kuyup kebasahan meredah jalanraya

Nyanyian hujan adalah nyanyi duka seorang abah
berat bahunya, memikul beban kehidupan serba payah
kepada Tuhan dia berserah, dalam gundah tangan menadah
cukup-cukuplah kata abah
“Berjanji anak-anak, kemiskinan ini jangan dipusakai lagi”

14 June 2009
7.00pm


Ulasan

makissa berkata…
KAK... SEMOGA BERJAYA DALAM HIDUP..
tasekM berkata…
rindu kamu kakak...


.
zaidharis berkata…
cantik susunan ayat anda..
Kay berkata…
salam,
apakhabar....
(^_^)
Tanpa Nama berkata…
aku rindu ayah ...
Rafi Harumin berkata…
saya terharu membacanya..
addyaholix berkata…
kak, pasti ayahanda bangga punya putri secekal akak!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...