Selamat tidur selamanya. Terima kasih, untuk selama dua tahun ini. Engkau mengisi kesunyian seorang perempuan tanpa bayi. Aku menangis bukan kerana lepulanganmu. Tetapi terpaksa memilih yang terbaik untuk kita. Di atas nasihat doktor, aku terpaksa memilih untuk membuat engkau 'tidur' untuk selamanya. Kata doktor, paling lama engkau bisa betahan hanya untuk tiga bulan. Dan, penyakitmu akan membahayakan manusia serta kucing-kucing lain
Gilanya aku! Membaca surah Yassin untuk pemergian hanya seelor kucing.
Bukan! Bukan untukmu. Tetapi untuk menenangkan hatiku yang rusuh amat di kala ini.
Selamat pulang ke sisiNya, kaki tidur!
Aku mencatat kisah kepulanganmu dalam sebak dan linangan airmata. Selebat hujan yang turun di luar di kala ini. Dan, aku tidak menduga sambungan talian internet hari ini adalah untuk mencatat kisah kepulangan engkau.
Tuhan, bantulah aku. Mengawal rusuh di hati ini. Aku punya banyak tanggongjawab untuk dipikul keesokan pagi.

Ulasan
kehilangan seseorang, sesuatu yang kita sayang..
pasti akan membuat jiwa tersentuh.
DIA lebih tau apa yang terbaik..
Apa yang datang pasti akan diambil kembali. Jangan sedih-sedih. Insyaallah jika sabar akan diganti yang lebih baik!
Terima kasih di atas ingatan. Tapi hati kita, hati manusia biasa.
Sedih yang tak dapat dikawal-kawal.
Kepada kawan2 bloggger yang lain.
Maaf, jika komen2 anda tidak dijawab. Saya sudah kembali bekerja dan berpindah. Internet di kediaman baru ini, asal pukul 8 malam ke atas sahaja, asyik padam & terputus2.
Saya kurang gemar gunakan ekses di tempat kerja bagi tujuan peribadi.
Maaf, dipinta kerana menyepikan diri di halaman kalian. Saya masih membaca di waktu sengggang.
T.kasih