“Menurut kata Cina printer, buku tersebut akan siap dicetak pada 17 atau 19 September. Dan, oleh kerana 20 September tu kita dah nak raya dah - kami percaya, anda semua tak akan peduli pun kalau disuruh datang ambil buku ni pada tarikh tersebut, ha ha.”
~ Tuan Jenderal Sindikit Sol-Jah~
Via email.
Kepada peminat puisi penulis-penulis lain, jika mahu menempah dengan saya,anda dialu-alukan. Untuk makluman, buku kompilasi /antologi puisi ini akan berada di tangan saya selepas hari raya. Jadi, mulai sekarang (jika anda berminat memiliki) sila kumpul duit raya sebanyak mungkin.
Tempahan boleh dibuat sekarang melalui email sicksadcity@yahoo.com dengan kata kunci “ SAYA MAHU SALUN EKSOTIKATA” dengan menyatakan nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.
Harga pasaran (ketika sorokan gula berlaku) adalah RM15.00 senaskah. Jika anda mahu sampai laju dan selamat, tambahan kos pos-mengepos adalah di bawah tanggongjawab anda.
Di pihak saya, cuma ada 21 naskah yang bakal dijual; di mana 4 naskah lagi adalah naskah simpanan.
Tempahlah sekarang, sebelum anda mengigit kuku!
Nota kaki:
Saya sekadar menumpang tuah penulis/pemuisi/penyair popular dan terus terang, saya juga mungkin akan terkena penyakit Parkinson jika disuruh mendeklamasikan puisi.
Jutaan terima kasih untuk teman-teman siber yang setia membaca laman Water Lily.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Sinaganaga dan Cik Alina serta Soljah kerana saya berpeluang membukukan puisi "budak tua baru nak belajar "itu haha!
Tidak lupa, kepada saudara Marsli N.O yang menulis prakata untuk naskah ini serta galakan beliau untuk saya menulis, mengumpul dan menerbitkan karya-karya saya secara solo dan berdikari.
Buat mata yang enggan lena,tersenyumlah selalu. Biar diri tampak gembira. Bahagia. Dan bersyukur selalu
Ulasan
nanti kita sms. aku nak satu. simpan satu untuk aku..
Insyallah,kak simpan. Dah 2 orang neh,satu ko,satu cikgu bz ya amat tuh haha via ym.
:)
saya mahu!
nanti saya email butir butir diri~
:)
"tahniah untuk ini",
"simpan senaskah untuk saya",
"butiran yang diperlukan saya emailkan dalam kadar yang segera".
Satu ya...sms!
all the best for u.. :)
T/kasih untuk doa itu, doakan supaya semua naskah sold out hahaha!
Kak Lah, Zul & Tasik
Terima kasih.
Mugi,
Ada kamu email?
Me & Nizam,
Wow.wow..tempah la,satu dua naskah. 10 pun belum laku lagi neh(nanti buku tu aku kena bawa pergi Perpustakaan negara pula untuk diwakafkan. :)
Cikgu Bz ya amat,
Ya, silalah berkenalan. nak email, no fon atau alamat pos. :D
Senarai tempahan setakat ini:
1. TM via sms
2. Nizam via sms
3. Kak Lah via sms
5. Cikguooden via sms.
6. Sdra Zul via email
7. Azrol b.Osman via email.
ps: gua tak tau siapa Azrol. ko ke Mugi atau mungkin 'silent reader" laman ni.
Bukan senang nak jadi kapitalis ni, rupanya ye. Dulu blook "Gangguan Teksual" yang 10 naskah tu, bro BP yang tolong borong dan jualkan untuk saya.
T/kasih BP dan yang sudi menempah.
RE:semoga WL & kawan2 akan mencipta nama suatu hari kelak, insyaallah.
rajin2 menulis dan kay akan tetap menyokong dari belakang dan sentiasa mendoakan semoga dirahmati ALLAH SWT selalu.
(^_^)
T/kasih.
Mugi,
Apasal ko delete?hahaha!tak jadi menempah ke?
BB,
Naskah puisi terdiri daripada 11 orang penulis. :)
Ertinya, kalau ko beli,senaskah ko dapat baca puisi tulisan 11 orang pemuisi. Ko tak pernah lawat blog puisi akak ke?
kata rahsia...hahaha~