Catatan-catatan yang ringkas-ringkas sebelum kepulangan hari ini jam 11.00 am. Destinasi, sebuah kampung yang sering ditengelami air kerana sistem perparitan yang teruk walaupun hujan lebat turun selama sehari tanpa henti. Kenderaan, dengan tambang paling efektif (kata bapak menteri) ;walau kenaikan berlaku setiap kali musim perayaan.
Sibuk dan kesibukan yang entah apa-apa, tiba-tiba menjadi seolah gerila perang yang paling ganas menyebabkan aku ketandusan idea mengemaskinikan blog, kecuali laman sajak. Sajak/puisi merupakan cara paling ringkas mendokumentasikan pelbagai emosi dan peristiwa.
Sibuk dan kesibukan yang entah apa-apa, tiba-tiba menjadi seolah gerila perang yang paling ganas menyebabkan aku ketandusan idea mengemaskinikan blog, kecuali laman sajak. Sajak/puisi merupakan cara paling ringkas mendokumentasikan pelbagai emosi dan peristiwa.
Sewaktu Coco kutinggalkan di klinik veterina semalam, terasa seolah aku seorang ibu yang paling kejam. Meninggalkan bayi luar nikah di dalam tong sampah. Selama sepuluh hari, tentu montel badannya susut. Ia bukan kucing yang sukakan makanan palet. Coco sukakan kembung rebus atau tulang-temulang, kaki-kaki ayam yang aku borong di pasaraya Mydin Putrajya dengan harga yang paling murah.
Kucing-kucing liar di luar, yang bakal aku tinggalkan mungkin kurus dan anak-anak kecilnya diharapkan terus survival. Duhai kucing-kucing! Aku berdoa, agar ada rezeki kamu. Mungkin tupai-tupai kecil, burung-burung dan tikus akan menjadi santapan kamu. Biar tidak disenangi jiran, dan pegawai pernah memanggil suamiku kerana aduan mereka; aku terus curi-curi menghulurkan kamu makanan. Ketika anak-anak kalian membuang segala mak nenek sampah sarap hingga tersumbat lubang air dan longkang, kami tidak pula mengadu dan mengampu. Kami sedar, kami minoriti walaupun pusat OKU ini dibina untuk kepentingan kami. Ampun maaf jiran-jiranku, di hari-hari yang baik dan di bulan yang mulia ini.
Ya! Aku pasti rindu blogging. Kampungku hanya ada sawah padi. Café siber, agak jauh. CC dalam kampung, hanyalah topeng. Ianya, hanya premis yang dikunjungi anak-anak muda kampung yang buta IT. Hanya tahu habiskan masa dan wang dalam mesin slot judi. Menonton benda-benda haram sambil menghidu ganja rokok. Ada laporan, namun tiada siapa menyita kerana yang bikin onar itu orang ada-ada dan berkuasa. Hey! Semua bisa dibeli, didagangkan asal kamu punya wang. Pihak penguasa pun tutup mata.
Aku berangkat awal kerana mak sedang sakit. Kata Khadijah, mak sudah tidak boleh menelan makanan pejal lagi. Hanya bubur, kadang nasi yang dikisar dan minuman bersusu. Dan emak bukan suka minum susu.
Salam lebaran untuk rakan-rakan siber, terutama untuk TM, Nizam Ariff, Alina, Mugiwara, Amalina,Kak Lah,Atiqah, Kak Ungku Noor. Pa’chik El, cikguooden dan beberpa pengunjung baharu. Tidak lupa juga, untuk mereka yang “hip” seperti Encik Marsli N.O, Bro Pyan, Jenderal Sindikit Soljah, Tok R, Rahmat Haron dan AJ. Dan yang kadang berkunjung – Oe, Encik Tajuddin, Bunga Rampai, Bluehikari, Deen, Sastri dan bro Blackpurple (mana menghilang bro?). Kepada Akhi Shah, Doc TA dan Naha Kurau saya sudah hilang nombor telefon kalian (Mereka antara pengunjung awal blog saya). Tak lupa, untuk Danny Kerp, Kak D, Kak Bani, Purplecat dan semua kenalan Geng Jurnal. Terima kasih untuk yang membaca senyap-senyap dan yang namanya tidak tercatat di sini. Juga untuk pengikut laman ini, laman puisi dan fiksi, terutama untuk saudara Zulkifli Mohamed. Halalkan kata senda yang kadang mungkin menyinggung rasa.
Sedikit upated kepada yang menempah naskah “SALUN ESOTIKATA”
1. Zulkifli Bin Mohamed
2. Mohammad Azrol bin Osman
3. Rahimin Idris
4. Cikguoden via ym
5. Nizam Arif via sms
6. Tasik Merah(Ain aka PAM haha!) via sms
7. Kak Lah via sms
8. Mugi – belum email
9. Kak Ungku Noor by hand kat Maskara (akak betul-betul nak ke ni?).
10. Ira Nadhirah Ismail
Kepada yang ingin menempah,tempah masih dibuka.
(Sempat lagi promo tu hahaha!)
Salam Aidilftri. Maaf Zahir Batin. Panjang usia ketemu lagi untuk Ramadhan yang mendatang.
ps: Eh! Ringkas ke ni?:)
Ulasan
maaf zahir & batin...
(^_^)
semuga mak ang elok-elok saja naa kalilihurairah..
salam aidilfitri maaf zahir bathin wat akak lily ittewww.. uhuhu
"selamat kembali ke halaman bonda yang tercinta, maaf jika ada terkurang dalam 'bahasa tulisan saya' - berhari raya dengan kegembiraan yang jernih ! ",
"moga ibu WL juga segera sihat".
harap kucing tu survive ler
Salam Idul Fitri 1430.
duit raya??
buku tuh pasal apa??taktahu la..
EID MUBARAK!!!
saya dah tempah salun eksotikata dengan wahyudimy =)
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin
Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan Kak Jie yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
Ada ka kata kita kadang-kadang datang he he he. Sebenarnya selalu datang bila selalu online...
Selamat beraya sakan...Ceria gembira di Aidilfitri
aku pun risau nk meninggalkan kucing2 yg banyak nih...
.
Ku mohon maaf zahir & batin kalo selama kunjungan ku disini ada meninggalkan momen2 yg bisa membuatkan kak Lily rasa macam nak gantung aku sampai pengsan. Kak jangan marah yer, nanti tak best nak makan kueh raya. Semoga lebaran ini, memberi kebahagiaan buat kak Lily sekeluarga!
selamat hari raya!
Selamat Hari raya buat kak lily... pertama kali tinggalkan jejak... sblm nie jd silent reader jer... he.. he...
:)
Sarah~
Salam Aidilfitri WL, maaf zahir dan batin.