Langkau ke kandungan utama

GERAMNYA......

Selama setahun lebih berkerja, hari inilah merupakan hari pertama ditegur kerana kononnya saya tidak buat kerja dengan betul. Bukan tegur, tapi kena marah oleh orang yang tidak sepatutnya memarahi saya. Begitulah adatnya di tempat kerja. Ada orang "perasan" dia "boss" walaupun hakikatnya pangkatnya belum naik pun. Hari ini cuma ada 3 orang budak sahaja yang masuk ke makmal komputer. Kebetulan pula rakan saya Chin Kit tiada dan saya berkerja sendirian. Budak-budak tu pulak ada cikgu kelasnya, sibuk membuat report tahunan. Ada la seorang cikgu ni - masuk ke makmal computer nak buat kerja dia agaknya.

Saya tidak tahu apa masalah saya dengan "minah" sorang ni. Sejak saya mula bekerja lagi,saya perasan dia macam tidak sukakan saya. Hari ini nak dijadikan cerita sewaktu dia masuk ke makmal computer dan nampak saya sedang check website company- yang saya rasa boleh saya dapatkan sponsor untuk projek teater saya. Dia kata saya asyik buat kerja sendiri; tak tolong mengajar budak-budak bla..bla....bla. Okay saya salah - cuma hari ni saja saya buat macam tu...Hari-hari lain ada ke dia nampak...bagaimana susah payah saya datang bekerja,bangun jam 5 pagi,tukar 2 keretapi, berdiri lagi dalam keretapi dan kemudian menyabung nyawa melintas jalan. Kemudian berjalan 15 minit di kawasan sunyi untuk sampai ke tempat kerja. Hari-hari lain ada ke dia nampak bagaimana susahnya saya mengajar budak-budak yang ada learning disability - ajar komputer skill...bukan ajar a,b,c...sedangkan abc pun diaorang tak berapa kenal. Hari ini ajar buka email,minggu depan sudah lupa ID & password. Nak on off computer pun saya kena buat. Ada dia fikir semua tu sebelum mengutuk-ngutuk saya tidak buat kerja saya. Itu sajalah sebenarnya kerja saya -sekadar membantu guru kelas mengajar komputer sebab ada guru yang tidak begitu mahir dengan computer dan penggunaan internet. Pernahkah dia nampak bagaimana susahnya saya seorang OKU - mencuci,mop dan menyapu lantai makmal komputer;mengelap meja,tingkap & komputer. Bila ada budak-budak yang 'hang'kan komputer, terbalikkan start menu @ "gelap"kan skrin saya juga kena install semula. Pernah??...tidak sama sekali. Entah bagaimana hari ini,mulut saya pun celupar juga nak menjawap. Saya kata saya tahu buat kerja saya. Apa lagi bertambah menyingalah si "minah kerek" ni. Dia tidak mau kalah..almaklumlah dia kan pandai bercakap "Kalau tau kenapa tak buat?". Kasar. Yang buat saya paling bengang - dia kata sekolah ni tak bayar saya untuk buat kerja sendiri. Nak buat kerja sendiri balik rumah. Ewah..lebih-lebih pulak"si kerek" ni. Macam sekolah ni dia punya. Macam sekolah ni bayar saya RM3,000 sebulan. Sehari RM30 sahaja "si kerek" oiii...so saya buat kerja cara RM3o aje le. Guru-guru lain,kalau pergi kursus,bercuti dll ada gaji. Saya ke Jepun hari tu...sebulan saya tidak bergaji. Orang yang terlibat dengan sukan pun gaji tetap 'jalan'. Saya???...ZERO,SIFAR dan KOSONG.

Bukanlah niat saya hendak berkira pasal gaji. Saya tahu diri saya. Saya sedar diri. Saya OKU. Saya berumur 37 tahun & selalu tidak sihat. Saya sedang menyambung pengajian. Peluang kerja saya terhad. Saya perlukan DUIT untuk segalanya. Bila ada manusia "kerek" dan menengur saya dengan cara yang tidak berhemah macam tu saya jadi sensitif. Saya juga tahu marah dan malu. Saya ada maruah....tolonglah jangan marah saya macam kanak-kanak.

Wahai "si minah kerek"...ingatlah awak tu sedang hamil...banyakkan berdoa pada tuhan awak supaya awak tidak lahirkan anak macam saya atau lebih terok dari saya. CACAT NALURI KEMANUSIAAN DAN TIMBANG RASA LEBIH BURUK DARI CACAT FIZIKAL. Inilah contohnya - orang yang berkerja bersama OKU tapi gagal memahami hati seorang OKU.

Ulasan

zGreat berkata…
bersabar banyak2...manusia memang cepat perasan bagus w/pun lebih sikit jer terer dari kita!
Lily Abdullah berkata…
Thanks zgreat for the morale support :) Z great ? Your space also really great :))

Salam Networking again
posmen berkata…
tak baik la dia tu...

cett

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.