Elaun yang tersebut di atas adalah yang diberikan kerajaan untuk warga OKU yang berkerja. Tidak kira makan gaji atau menjadi bos sendiri kami boleh memohon elaun tersebut asalkan pendapatan kurang dari tujuh ratus (RM 700). Sudah hampir setahun lebih saya berkerja, namun tidak juga merasa elaun tersebut. Pertamanya, saya mengakulah ia adalah kesilapan saya sendiri kerana kelewatan membuat permohonan untuk mendapat wang sejumlah RM200 itu. (banyak juga kan...sapa nak bagi banyak tu -lebih kurang sama banyak dengan gaji saya bulan lepas sebab banyak bercuti dan MC saya "dihilangkan" aka mungkin sengaja "dihilangkan" oleh "boss"). Keduanya, bukan salah saya(entah salah siapa) sampai sekarang saya belum merasa elaun tersebut. Seingat saya, saya telah membuat permohonan sejak Mac lepas. Di telefon ke "pejabat" itu - alasan pegawai cuti bersalin, pegawai berkursus, 1001 macam alasan. Tapi apabila bab nak memotong(gaji belum naik lagi...macam kes suami ...