Langkau ke kandungan utama

Menemui kamu lagi - catat kecil dari ruang paling sunyi

Kegagalan melepaskan mimpi-mimpi nan rapuh,maka terhasil ini.

Catat kecil dari hati. Daerah yang bergolak dengan pelbagai ragam dan langgam rasa.

Epistolari

Selamat memiliki dan menekuni.


Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Ooo...buku baharu
Artozy berkata…
Lily, kirimkan aku buku-buku kau.
Aku rindu.
tasekM berkata…
kakak.
aku mahu.
berikan no akaun kamu.


.
Atiey MN berkata…
unik muka depannya
lily berkata…
Tas M.
Buku yang ku hantar pada ko, patah balik kat aku . Ko bagi add salah ke,aku yang salah taip.

Kak Lily

nyummcakes berkata…
lama sungguh tak menyinggah. nombor telefon akak pun dah tak ada sejak telefon jahanam dilempar anak dan kemudian telefon yang mengganti telefon pecah tersebut termasuk mesin basuh padahal baru berumur 2 minggu. maka semua nombor tiada :'(

-nyaman si puding roti
Lily Abdullah berkata…
Sama la dengan akak.Nyaman Si puding Roti.

Jika ada FB Sila add akk Lily Abdullah - Banting
p_kadok berkata…
kak...bersawang dah ni...:)
Lily Abdullah berkata…
Biarlah, tiada siapa kisahkan blog lagi hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.