Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

29.11.10

Nota kecil kepada enggan mengerti tentang saya

Hello awak!

Jangan berbicara begitu dengan saya. Banyak perkara yang awak tidak tahu tentang saya. Kalau saya berpantang makan itu ini kerana mahu menjaga kesihatan saya; apa pula yang merugikan awak.

Hello awak!
Awak mencerca-cerca saya di belakang dengan mengata macam-macam. Awak cakap kalau sudah tahu diri sakit kenapa masih mahu berkerja. Apalah yang awak tahu tentang saya.

Ini bukan sekadar pekerjaan. Bukan sekadar periuk nasi. Ini belanga rezeki kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya emak saya tidak perlu beratur panjang di pejabat kebajikan lagi.


Ini maruah saya!

Oh! Apalah yang awak tahu pasal maruah. Kerja asyik mencuri tulang. Datang jam sembilan kemudian 'hilang'.