Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Catatan dari hati rusuh

Selamat tidur selamanya. Terima kasih, untuk selama dua tahun ini. Engkau mengisi kesunyian seorang perempuan tanpa bayi. Aku menangis bukan kerana lepulanganmu. Tetapi terpaksa memilih yang terbaik untuk kita. Di atas nasihat doktor, aku terpaksa memilih untuk membuat engkau 'tidur' untuk selamanya. Kata doktor, paling lama engkau bisa betahan hanya untuk tiga bulan. Dan, penyakitmu akan membahayakan manusia serta kucing-kucing lain Gilanya aku! Membaca surah Yassin untuk pemergian hanya seelor kucing. Bukan! Bukan untukmu. Tetapi untuk menenangkan hatiku yang rusuh amat di kala ini. Selamat pulang ke sisiNya, kaki tidur! Aku mencatat kisah kepulanganmu dalam sebak dan linangan airmata. Selebat hujan yang turun di luar di kala ini. Dan, aku tidak menduga sambungan talian internet hari ini adalah untuk mencatat kisah kepulangan engkau. Tuhan, bantulah aku. Mengawal rusuh di hati ini. Aku punya banyak tanggongjawab untuk dipikul keesokan pagi. Selamat pulang ke sisiNya, kaki t...

Rindu

Kembali yang entah. Barangkali, not-not dan nombor telah menelan kata-kata indah.Hanya ini. Kata ayahanda, jika aku tahu menulis; mahu aku bukukan kisah duka mencari sesuap rezeki untuk kamu anak-anak. Ayahanda,kisah kita sudah tidak releven dengan isu-isu semasa. Aku menulis dan mungkin sudah masuk recycle bin editor media perdana. Maka ku tulis di sini sahaja; untuk aku supaya tidak terlupa sejarah. Nyanyian hujan dalam sajak Nyanyian hujan adalah seberkas kenangan silam bersama gadis-gadis kecil menadah kumpul air mata di dalam dulang sengsara bonda menadah air minuman dari pili jiran tetangga mereka menyuap nasi bertemankan sepat kering dikongsi dua Nyanyian hujan adalah nyanyi hiba gadis-gadis kecil dimarahi guru, buku tulis jelaga asap pelita Tika rumah tetangga terang bercahayakan lampu dan tivi berwarna mereka berkasut koyak, kuyup kebasahan meredah jalanraya Nyanyian hujan adalah nyanyi duka seorang abah berat bahunya, memikul beban kehidupan serba...