Langkau ke kandungan utama

Fiksimini yang bertukar wajah


Ini sahaja yang dapat saya kemaskinikan. Mencuri waktu dalam kesibukan. Sebetulnya saya tidak gemar mengggunakan kemudahan di tempat kerja untuk tujuan peribadi.

Tapi saya terpaksa. Hanya rakan blogger terdekat sahaja yang tahu ke mana saya mnghilang.

Terima kasih untuk sifu Azmah Nordin, Puan Nisah Haron dan rakan-rakan AVA yang tidak jemu menyokong.


Terima kasih sekali lagi untuk pengunjung blog dan Majalah MW yang menyiarkan cerpen saya untuk kali kedua walau terdapat cantasan sana sini mungkin kerana kesuntukan ruang.

Terima kasih untuk Fadhilah Ma'arif, rakan AVA yang memaklumkan saya menerusi email.

Ulasan

tasekM berkata…
tahniah ye kak.



:)


.
puding roti berkata…
Wah. tumpang bangga lagi kakak. yay!!
Azmah Nordin berkata…
Maryani tersayang, tahniah! :)

saya sgt2 bangga dengan kegigihan anda. Tak mengapalah tukar judul sikit, sbb ia tidak lari dr perkataan Bib tu pun kan? bila senang dan punya kesempatan, sila postkan keseluruhan cerpen yang dah terbit tu kat sini, supaya peserta bengkel di blog sastera kita tu, dpt membaca dan mempelajari sesuatu dripadanya k

gigih terus k

az
ibundo berkata…
salam lily.
tahniah..
Putri Lily berkata…
Tahniah dari Lily juga. Sukses sentiasa. :)
DeeN berkata…
Tahniah kak. Seperti sy katakan sblm neh, saya tak penah baca mahupun beli MW. Tp bila cerpen akak dah tersiar, seperti sebelum ni, saya akan cari sampai dapat.

Owh ya, kak. Kalo berkesempatan, baca la email dr saya. :)
sinaganaga berkata…
hoh, dah kerja ke? hoh, kalu dah dapat gaji - belanje le weh! he he
en_me berkata…
tahniahnyerrr.. ehehe
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih kepada yang mengirimkan tahniah :)
rudy bluehikari berkata…
saya melihat kejayaan lily dari jauh. salam karya.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam