Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Salam Aidilfiri

Catatan-catatan yang ringkas-ringkas sebelum kepulangan hari ini jam 11.00 am. Destinasi, sebuah kampung yang sering ditengelami air kerana sistem perparitan yang teruk walaupun hujan lebat turun selama sehari tanpa henti. Kenderaan, dengan tambang paling efektif (kata bapak menteri) ;walau kenaikan berlaku setiap kali musim perayaan. Sibuk dan kesibukan yang entah apa-apa, tiba-tiba menjadi seolah gerila perang yang paling ganas menyebabkan aku ketandusan idea mengemaskinikan blog, kecuali laman sajak. Sajak/puisi merupakan cara paling ringkas mendokumentasikan pelbagai emosi dan peristiwa. Sewaktu Coco kutinggalkan di klinik veterina semalam, terasa seolah aku seorang ibu yang paling kejam. Meninggalkan bayi luar nikah di dalam tong sampah. Selama sepuluh hari, tentu montel badannya susut. Ia bukan kucing yang sukakan makanan palet. Coco sukakan kembung rebus atau tulang-temulang, kaki-kaki ayam yang aku borong di pasaraya Mydin Putrajya dengan harga yang paling murah. Kucing-kucing...

Suatu malam Ramadhan

Suatu malam Ramadhan entah mengapa mata tidak dapat aku lelapkan. Sulit sangat terpejam. Aku pulas-pulas tombol radio buruk dengan empat beteri yang hampir putus nyawa. Bosan. Tiada satu pun menarik perhatian. Udara panas, tambah rancak mengganas. Tambah gelisah dan mood mahu tidur hilang ditelan udara panas dan nyamuk-nyamuk rancak berdendang di tepi telinga. Aku melirik ke arah jam dinding. Sudah dini hari. Tiba-tiba teringat akan malam ini lima belas purnama. Bulan pasti terang dan cantik. Aku bergegas keluar ingin menyaksikan kalau-kalau ada bintang jatuh. (Sebenarnya, aku mahu tengok kalau-kalau ketemu Lailatul Qadar, katanya pohon-pohon pun sujud ke tanah; menyembah Yang Esa). Zaman anak-anak, tidak banyak yang kita tahu. Benar! Tapi bukan bintang yang jatuh. Ada seekor ibu kucing yng comel dibuang di hadapan rumah. Bersama lima ekor anaknya. Anak-anak mengiau-ngiau minta disusukan, sedang si ibu mengiau kelaparan. Kasihan! Aku ambil lebihan makanan Cutie, lalu ku hulurkan pada i...

Sudah Terbit: SALUN EKSOTIKATA

“Menurut kata Cina printer, buku tersebut akan siap dicetak pada 17 atau 19 September. Dan, oleh kerana 20 September tu kita dah nak raya dah - kami percaya, anda semua tak akan peduli pun kalau disuruh datang ambil buku ni pada tarikh tersebut, ha ha.” ~ Tuan Jenderal Sindikit Sol-Jah~ Via email . Kepada peminat puisi penulis-penulis lain, jika mahu menempah dengan saya,anda dialu-alukan. Untuk makluman, buku kompilasi /antologi puisi ini akan berada di tangan saya selepas hari raya. Jadi, mulai sekarang (jika anda berminat memiliki) sila kumpul duit raya sebanyak mungkin. Tempahan boleh dibuat sekarang melalui email sicksadcity@yahoo.com dengan kata kunci “ SAYA MAHU SALUN EKSOTIKATA” dengan menyatakan nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi. Harga pasaran (ketika sorokan gula berlaku) adalah RM15.00 senaskah. Jika anda mahu sampai laju dan selamat, tambahan kos pos-mengepos adalah di bawah tanggongjawab anda. Di pihak saya, cuma ada 21 naskah yang bakal dijual; di mana 4 na...