Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Catat kecil kepada Hiroshi

Pagi. Aku buka mata. Mengucap syukur - kerana untuk menulis cerita fiksyen aku perlukan engkau.  Agenda delusi masih jadi rutin - rasa yang mahu aku sorokkan pada dunia.
Cinta yang infiniti kepada engkau.
Kadang  aku yakin benar yang engkau memang ada.  Kadang aku dihujani rasa bebal yang bertimpa-timpa.
Pagi minggu ini Hiroshi, hari semakin panas dan meninggi. Membawa ke senja yang renta. Seperti aku merasakan diriku. 
Aku yang kadang perlu hilang waras. Sebentar.  Ya. Sebentar cuma.