Langkau ke kandungan utama

Catatan

Random

Apabila blog tidak lagi dibaca oleh ramai orang, maka bolehlah kita menulis secara 'runcit'. Pinjam istilah Hana Tajimakira. (Sila claim royalti ha ha ) Tulis yang ringan-ringan tanpa guna istilah-istilah yang bombastic . Melebih-lebihkan sudu dari kuah (senyum) Mulakan dengan cerita azam yang tidak menjadi. September sudah sampai separuh hari.  1. Simpanan saya sangat jauh dari istilah 'cukup' untuk beli tiket kapal selam terbang mau tengok salji. 2. Berat badan bertambah-tambah siap dengan kenaikan kadar cholesterol secara mendadak. 3. Tentang kerjaya, nampaknya tidak berjaya. Tapi saya patut bersyukur kerana ada kerja. 4. Novel, tersangkut di situ lah juga. 4. Cerpen, sudah 2 tahun tidak menghasilkan apa-apa. 5. Sajak, tulis kecil-kecil hanya di blog sebab tengok dan belek-belek sajak saya 'bukan jenis yang tersiar' di media perdana.    Itu saja. Saya bersyukur. Tapi tidak menipu kadang saya rasa saya memang 'loser'. ...

Nota kecil untuk cinta

i/    Walau engkau telah mekar kami berdua hilang kesaktian untuk memiliki harummu ii/ Khabarkan jua pada hujan Janji telah kami larutkan dalam renyai rintiknya semalam Ceritakan jua pada angin Janji terbang seperti terbangnya debu dandelion iii/ Yang tersisa barangkali Ikrar yang kami kotakan disaksikan Tuhan.  Banting 3.18 am Via Google.com (Kawan,janji denganku kamu akan menari walau hatta dalam hujan sekali pun)    

Dalam keterbukaan yang kita cipta, teks menjadi kaku. makna menjadi beku.

....atau barangkali sudah tiba waktu kita sama-sama mengucapkan selamat tinggal.  Tapi kau larang aku.  " Jangan dulu..." Sumber foto Tunggu sehingga hujan benar-benar teduh.  Tunggu sehingga hablur-hablur salji menjadi cair  Atau jejarimu benar-benar tidak mampu ketuk papan kekunci lagi. Tunggu sehingga kau padamkan juzuk-juzuk memori tentang kita.

Rapuh & Larut

September, daun-daun pohon besar di tepi pohon bamboo mula luruh. Rantingnya separa polos, daun-daun yang masih tinggal berwarna kuning keperangan.  Daun-daun yang gugur berserakan memenuhi kiri dan kanan jalan ke tempat kerja. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya masih dengan tabiat kesukaan saya. Setiap kali pergi dan balik kerja berminit-minit akan saya habiskan berhenti sebentar sambil memerhatikan pohon besar itu. "Saya di sini bersama kamu. Bayangkan saja, pohon yang sedang kamu pandang itu adalah pohon Marple dan daun-daun keperangan yang gugur adalah kita." Entah dari mana-mana suaranya datang. Berbisik ke kuping telinga saya. Saya berpaling. Suara itu terus hilang. Bersama pagi yang mulai ranum. Cahaya mentari terus bangkit. Kadang saya gagal bangun dari mimpi yang panjang. Malam nanti suara itu akan larut dalam rintik hujan yang melebat. Hilang dalam pekatan malam yang panjang. Oh! Saya menipu. Ia tidak pernah larut walau saya rendamkan dalam asi...

Sekali lagi untuk hari kekurangan kata, sebuah lagu barangkali melukiskan rasa hati

Selamat hari Rabu teman-teman yang masih mengunjungi blog ini. Walau tuan punya blog sudah membisukan diri.

Sebagaimana yang kita mahu

Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang selalu menutup galau dan resah menerusi tawa dan senyuman. Dia menulis tentang dirinya, tentang dunianya. Dan untuk perkara-perkara lain dia tidak pernah ambil pusing. Selalunya. Teruja dengan diri, Kutuk rakan-rakan. Dia sememangnya seperti saya. Apabila menulis, dia akan menulis tentang hujan dan puisi. Setiap kali bercerita tentang kucing-kucing peliharaannya, dia akan ketawa riang. Apabila salah seekor kucing kesayangannya mati, dia akan sedih berhari-hari. Dia hanya meluahkan rasa melalui fiksi-fiksi dan puisi di blog. Kata seorang kawan, apa guna meluah rasa pada blog,twet dan fesbook.  Ada baiknya kau hamparkan sejadah, mengadu pada Tuhan.  Dia seperti dia. Dia kata "Oh! haruskah dicanang satu dunia maya, aku hampar sejadah dan bersujud dengan doa yang berpita-pita" Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang kadang keliru dengan pendirian sendiri. Selalu tidak sampai hati untuk berkata 'tidak' untu...

Pagi

Bangun dan menguis kembali sisa-sisa kenangan. Pahit dan manis. Segalanya masih melekat di di sudut hati.  Hati yang kadang bagai laut. Kadang selapang langit. Kadang ada badai dan petir. Bangun dengan payah. Cuba melupuskan sisa-sisa kenangan. Rupanya ada sayang yang masih tertinggal.  Biar kelat, biar pahit. Apalah guna melupuskan kenangan yang enggan tanggal. Simpan dan sembunyikan ke jurang paling dalam. Tapi aku mahu kau tahu. Pagi ini. Rindukan kamu. Rindukan tren. Rindukan hujan. Rindukan sawah menguning. Rindukan sushi. Rindukan sambal tumis bilis ibu.  Rindu bau jerami. Rindu juga aroma teh hijau. Rindukan air batu disalut habuk kayu. Rindukan gemercing loceng basikal ayahanda. Aku juga mahu kau tahu. Pagi ini aku bangun dengan perasaan seorang yang 'loser' . Kosong. Tidak tahu bagaimana untuk bermula lagi.   Waima untuk bermain dengan ungkapan yang indah dan puitis.

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang. "Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?' Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan. Kredit : http://www.lurvely.com/photo/3817544476/Rainy_Days_and_Mondays/  

Hujan menjadikan kita kadang sepi dalam riuh rintiknya

Hujan gugur langit bertranfomasi alangkah indah jika ada engkau di sini  Mutakir ini telah aku tutup segala pintu mimpi yang menghubungi  serpihan  rindu Gundah resah menjentik rasa pasti barah dosa membunuh kita nanti Walau kita tahu hujan menjadikan kita  kadang sepi  dalam riuh rintiknya sumber foto : pakcik gugel ps: Dicatat kala langit mendung (hujan belum turun) dan kebosanan asyik tulis laporan.

Mereka dan sepasang tangan ajaib

 i. Sepasang tangan ajaib gred A akan merubah yang ada kepada tiada dan yang binasa kepada sempurna walau tidak secara total barangkali. Begitulah dia. Apabila diwar-warkan dia akan melawat kawasan tertentu, maka dalam masa kurang sebulan ada jalan berlopak akan berturap. Semak-samun bertukar menjadi hijau dan lapang. Surau usang disolek cat baru.  Sepatah kata untuk dia. Datanglah ke lokasi saya. Semoga bangunan bocor sana,tembus sini akan segera dibaiki tanpa mengikut karenah 'beruk' krasi.  Tanpa alasan kekurangan peruntukan atau dana perlu mengikut prosuder yang ditetapkan. ii. Sepasang tangan ajaib milik saya tidak lagi bermakna, apabila saya gagal melunasi tanggungjawab dan impian. Sentuhan tidak lagi menjadi keajaiban. Sungguh saya berhak untuk merasa kecewa. Entah bila saya mampu bangun dan meneruskan mimpi. iii. Dia punya sepasang tangan yang mampu menulis biasa-biasa sahaja. Tiada isu-isu besar seperti LGBT, murtad dan aurat atau isu...

Random

WWW Mereka membida kegadisanku sehingga terlupa masih ada sekoloni semut sedang terbiar kelaparan. Labah-labah pula bertungkus lumus membaiki teratak yang pecah roboh dikerjakan ribut kehidupan. Hoore-hoore Mereka mengingati ulangtahun pemergiaanku dengan cara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan di dunia yang aku duduki sekarang. Pilihanraya Adakah memilih untuk tidak memilih juga satu pilihan? Jika ya, aku mahu memangkah kotak yang berkenaan. ps : Rindu.

Poppy dalam kenangan

Aku hampiri Poppy.  Bertanya padanya dalam nada yang paling tinggi dan aneh."Bertahun sudah kita bersama . Mengapa mahu pergi?” Poppy tersenyum.  “Ruang dalam hatiku ini sudah menjadi terlalu sempit untuk kuberi padamu, atau mana-mana lelaki pun.” Ucap Poppy separa berbisik.  “Maaf, jika kau terluka. Jangan terlalu lara. Maaf, aku terpaksa!.”Poppy menyambung. Renungan kosongnya jatuh ke lantai kusam kamar tidur kami yang sempit. “Kalau perlu dengan kejam!” Poppy tersenyum lagi. Senyuman yang tidak pernah menyahjauhkan dirinya dari lelaki selurus aku. "Ada penggantimu dan suatu hari nanti akan ada penggantiku untukmu " Poppy bersuara lagi. jujur. Penuh keyakinan. Tiba-tiba dia menjadi tukang ramal yang sebegitu optimis.   Aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantiku. Aku telah menemani Poppy dengan setia selama beberapa musim ini.  Tiba-tiba aku rasa tercabar kejantanan. Mahu aku memaki dia sepuas hati. Aku, lelaki yang telah membersih...

Bukan sesiapa

Bukan kejora bukan neon jauh sekali permata sentiasa sirna walau dalam remang sore dalam redup senja dalam rintik hujan dalam kelam malam dan kabus pagi Malam ini  berdoa langit terang  dan ada baki bintang untuk aku hitung Souces

12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka. Eh Adik Manis,  Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham. Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya. Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil. Saya pun rasa mahu menampal jugalah. Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim. ...

“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent” —Victor Hugo

Mereka kata perempuan terlalu bercakap tentang perasaan. Kadang untuk isu yang  remeh temeh dan leceh. ' Lekeh' kata orang Utara. Kecil dan nampak bodoh.  Tiada isu besar. Rubbish .  Kurang cerdik. Whatever .....! Pedulikan! Aku kan perempuan.

Perkongsian kecil

Sempena penghulu segala hari, aku kongsikan sebuah catatan lama.  Barangkali dalam roh yang masih serupa. SAJAK KECIL UNTUK KUCING LIAR Sementara menanti dua puluh lima haribulan untuk setiap purnama aku cuma punya beberapa keping roti lupus tarikh untuk dikongsi bersama 10.41 am 25/6/2009 FOTO HIASAN : MEOW-MEOW SAYA

Wordless Wednesday

Untuk hari kekurangan kata-kata barangkali sebuah lagu bisa menyatakan sebahagiannya

Seorang Dewi dalam fiksi kelam

“Malam adalah efek perpisahan yang mengesankan.” kata Dewi sambil menjentik abu pada puntung nikotin yang disedut. Perlahan. Hembusan toksik berasap tempias mengenai wajahku. Kemudian dia diam. Bungkam. Aku, temannya harus selalu menjadi pendengar yang baik lagi setia. Di luar, cahaya perang keemasan berkilatan pada kaca jendela gedung-gedung bertingkat Kuala Lumpur. Bagai diselebungi bebayang seekor orge. Seolah digerakkan tangan-tangan dewa, awan gemawan pun menyisih pergi. Cahaya kuning matahari melesat-lesat. Membias pada gerak jalanan yang mendadak berubah bagai tarian. Membias pada papan-papan reclaimed. Membias pada percik gerimis dari pancutan air buatan. Membias di antara keunguan mega-mega. Maka langit bagaikan dilukis waktu. Bagai digerak ruang, yang segera hilang. Cahaya kuning senja yang makin lama makin jingga menyiram aspal, menyiram segenap perasaan yang merasa diri celaka. “Dewi, mengapa kau enggan berhenti dari upacara kehidupan yang macam daj...

Mungkin begini

Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum?  Mungkin begini. Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu  teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya.  Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya.  Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah. Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya  difitnah.  Dalam sms yang dikirimkan kepada saya  dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat  dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya it...

Tanpa tajuk

Barangkali aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Ya memang salahku kerana acap kali berputus harap Biarlah aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Biarlah untuk waktu ini Di waktu lain Barangkali akan ku sambut cabaran tika aku bersedia untuk sepak terajangnya ps: Tolong fikirkan tajuk untuk aku.  Otak  tertinggal di dalam peti ais dewan makan asrama sebentar tadi. Atau terjatuh kerana lantainya licin sekali pagi ini.