Langkau ke kandungan utama

Perkongsian kecil


Sempena penghulu segala hari, aku kongsikan sebuah catatan lama.  Barangkali dalam roh yang masih serupa.


SAJAK KECIL UNTUK KUCING LIAR

Sementara menanti dua puluh lima haribulan
untuk setiap purnama
aku cuma punya beberapa keping roti lupus tarikh
untuk dikongsi bersama

10.41 am
25/6/2009

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Roti dari hati yang luhur mahal harganya.
tasekM berkata…
teringat ke kucing dtg minta mkn dgn aku td.
aku tak bagi apa2 pun sbb tak ada apa yg sesuai utk aku bg.
kot aku bg serbuk kunyit takut pulak kena cakor.




.
Nizam.Ariff berkata…
aku ni... biskut pun aku panggil roti...
sepa berkata…
saya suka quote terkini nih. saya selalu
tengok cermin dan ukur sejauh mana dah dahi mencerah...
hehehe... :)
tasekM berkata…
mana pergi komen aku kak..?
Lily Abdullah berkata…
Tas,
Komen ko masuk ke kotak spam. Pakcik gugel mmg nak kena ni ha ha..

Zam,
Aku pun panggil biskut roti. Orang sebelah utara memang panggi gitu. Tapi abg ko ni selalu salah faham. aku kata beli roti, dia beli betul la roti sedangkan maksud aku biskut heh!

Sepa.
Setiap kali keluar qoute Murakami
"Don't feel sorry about yourself. Only asshole do that " terasa la pulak ha ha...

Mus,
Kau memahani dek. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...