Langkau ke kandungan utama

Tanpa tajuk

Barangkali aku
hanya angin
hanya debu
hanya para korban
dalam dunia kamu

Ya memang salahku
kerana acap kali
berputus harap

Biarlah aku
hanya angin
hanya debu
hanya para korban
dalam dunia kamu
Biarlah untuk waktu ini

Di waktu lain
Barangkali akan ku sambut
cabaran
tika aku bersedia
untuk sepak terajangnya

ps: Tolong fikirkan tajuk untuk aku.  Otak  tertinggal di dalam peti ais dewan makan asrama sebentar tadi. Atau terjatuh kerana lantainya licin sekali pagi ini.




Ulasan

tasekM berkata…
kenapalah aku tak mampu untuk menzahirkan hari2 muram aku seperti kamu...?


.
Lily Abdullah berkata…
Tas,
Aku mahu belajar menyembunyikan hari2 muram macam kamu.
Nizam.Ariff berkata…
...dan aku pula suka berkongsi hari-hari suram aku kepada semua

kerana kalau boleh, aku mahu mereka juga turut suram seperti aku.... kakaka
so'od berkata…
kak lily guna nama saya lagi. kena mintak royalti ni. haha.
Lily Abdullah berkata…
Zam,

Kau kejam ha ha..entah kenapa la kau masih gelak2.

Kerja penyelia ni rasa macam membunuh aku saja.
sepa berkata…
aku pulak... di hari2 suram-muram, aku akan lemparkan segalanya kepada Azlan dan jugak Joko.

hidup dlm hutan adalah sgt sunyi...!!!

.
Lily Abdullah berkata…
so'od,
Nak berepa persen ha ha..?


Sepa,
Menjadi 'ketua' kepada sekumpulan manusia yg berupaya adalah sgt menyesakkan jiwa.

Tegur sepatah, di'tikam' berpatah-patah.

Menjadi 'kuli' di kalangan sekumpulan manusia berkuasa / berupaya pun sgt sesak jiwa.

Terasa macam tidak wujud. Datang masalah, kita lah kambing hitamnya.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...