Langkau ke kandungan utama

Catatan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Rindu

Pada hari aku ingin bersunyi dan rindu, aku datang ke blogspot. Serius! Blogspot adalah platform yang pikun. Masa untuk bertenang dan selamba berbanding kicau Twitter, Facebook dan Instagram Akhirnya terlalu teruja nak komen aku terkomen di blog yang salah. Kah kah kah Kamu apa khabar kawan?

Salin baju blog saja? kah lah kah

Sebenarnya banyak yang aku nak cerita - cuma entah dari mana nak mula. Mungkin tentang kucing buruk aku yang bertambah lagi 8 ekor. Pasal kerja, tidak banyk berubah,  Cuma aku salah tulis resit untuk dihantar ke audit.  Kesilapan demi kesilapan. Orang pun bosan. Okay itu dulu. K bye

Sometimes I hate myself

Dalam pekerjaan aku, banyak tugasan. Ada kawan-kawan pejabat nasihatkan tidak perlu nak stres sangat - buat saja ikut kemampuan. Kata mereka. Nak mengaplikasikan kata mereka adalah sangat susah - aku ni OKU, jadi aku kena tunjuk aku 'kena lebih' atau sekurang-kurangnya setara dengan orang lain. Mesti boleh dan kena boleh.Wajib boleh Maka aku - semenjak kembali bekerja- aku kerja sungguh-sungguh. Untuk apa? Barangkali untuk niat yang salah. Mengharap manusia yang tidak pernah iktiraf kerja aku, mengiktiraf kerja aku. Bukan untuk naik pangkat, naik gaji atau APC. Bagi orang gomen kerja lebih atau kerja kurang gaji statik saja. Namun aku tetaplah tidak berdaya mendapat pengiktirafan.  Yang selalu orang sebut-sebut - tidak boleh itu, tidak mampu ini - dari tempat kerja, PPD sampai ke Jabatan (entah2 kementerian) - itulah yang menjadikan aku fames. Tak sesiapa pun sebut effort aku. Itulah manusia. Kadang aku rasa nak duduk berkurung dalam ofis, tapi kerja ak...

Selamat pagi imsomia

Setiap kali engkau datang aku tahu kau tidak akan bahkan tidak pernah meminta keizinan pun.   Namun setiap rintik yang jatuh – sentiasa aku perhatikan tanpa jemu.   Rintikmu nan cantik seakan manik terus membasahi bumbung dan meruapkan panas aspal, Aku sedar kau tidak akan pernah tertarik pun untuk membasahi tubuhku. Terkecuali aku sama ada sengaja atau tanpa sengaja membiarkan engkau menyirami aku.  Aspal, tanah lapang, bukit bukau, gunung menghijau dan laut membiru jualah yang engkau tunggu. Sentiasa begitu bukan? Aku kerdil amat di dalam setiap rintikmu yang gugur. Setiap kali engkau menghampiri, aku bertanya-tanya. Kenapa denganku, apa yang indah denganmu sehingga berterusan aku menyukaimu.   Obses, lebih tepat.. Padahal belum tentu kau masih mengingatiku, semuanya sudah terlampau lama sekali, bukan? Aku salah pabila menganggap engkau menyakitkan. Harusnya aku bersyukur bahwasanya ini adalah anugerah Tuhan. Ini adalah keajaiban. Hati tidak bertaman...

Luah rasa di Fecabook - pro dan con

Suatu hari - seorang kenalan meluahkan isihatinya difesbuk. Luahan itu pula tentang kisah rumahtangga. Beliau mendapati dirinya dicurangi.  Aku rasa kasihan pada kenalan tersebut - bukan sebab dia dicurangi pasangan - tapi luahan rasa beliau menjadi isu di tempat kerja. Malah menjadi senda jenaka. Aku tengok semula FB aku - aku pun selain gemar menulis cerita fiksyen di fesbok gemar juga meluah rasa. Namun apa yang berlaku dalam rumahtangga aku - aku tak pernah tulis. Aku kadang lepaskan geram pada pekerja yang aku selia saja, kadang pada sikap pelajar yang aku rasa tak reti hormat aku dan kadang aku 'kenem2' orang atasan aku. Bertitik tolak dari insiden tersebut (kenalan aku yang tulis kisah dicurangi) aku mula secara perlahan--lahan berhenti update status fesbok. Kalau aku kemaskini pun - sesuatu yang bersifat umum. Semoga aku kekal konsisten dengan niat aku. Aku mahu delete akaun. Tapi dalam hati masih sayang. Berhati-hati dengan apa yang kita ko...

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan. Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya. Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH! Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis. Ya- ai...

Hi awak, saya sudah update blog

Hi awak Akira Suri dan lain-lain Saya sudah kemaskini blog. Sementara menunggu pelajar datang. Katanya nak bayar yuran makan. Haus gila saya . Mesin tekan-tekan air depan  pejabat sudah kehabisan air. Hendak ke dewan makan, saya menunggu orang datang. Ada ibubapa datang mendaftar anak masuk asrama lagi pagi ini. Jadi saya kena layan. Laporan kerosakan saya kena layan. Semalam pemantau dari JPN datang saya kena layan. Lantaran datangnya on the spot. Pagi tadi ,ada pelajar asrama sangkut baju dekat kipas dan bilik gosok pakaian. Saya kena layan. Suruh isi borang salah laku. Kesalahan kecil - akibat besar tau. Buat dia kejung kena renjatan eletrik, siapa mahu jawab. PK HEM? Pengetua ? Cikgu warden? Semua akan kata mereka tiada masa kejadian Maka saya, saya dan saya perlu menjawab. Okay rasa nak pelempang orang . Boleh ? Hmmm.... tarik nafas. Tulis blog dan istighfar banyak. Pagi tadi saya sesak nafas lagi. Semalam buat blood test orang hospital kata po...

Kembali

Kembali menulis blog adalah salah satu kerja 'gila' yang aku buat. Ketika orang lain sibuk dengan fesbuk, twet dan insta. Bertambah lagi 'kegilaan' tersebut , apabila aku tulis ketika aku dalam keadaan yang sangat sibuk, Sibuk aku ini sepatutnya aku alih ke data SMA, menyediakan maklumat instrumen pemantauan, menyediakan data untuk guru data masukkan data APDM murid asrama atau data disiplin SSDM. Tapi aku tulis blog semula. Aku mahu lari sebentar dari kegilaan kerja. Tapi aku yakin aku tidaklah keseorangan dalam 'kegilaan' ini. Okay sambung kerja untuk suap makan diri dan 15 ekor kucing Oh lupa. Tuhan terima kasih untuk kelangsungan nafas. Seorang suami. Ibu dan keluarga serta rakan sekerja dan majikan yang baik. Tidak lupa 15 ekor kucing 'buruk' (di mata orang lain) - semua comel di mata aku.

.

Tuhan, saya kira saya perlu menulis pagi ini. Bukan di fesbok. Tapi di suatu sudut yang tidak lagi dipedulikan orang. Tuhan, sejuta kali saya 'in denial' kenyataan tetaplah kenyataan. Saya semakin tua. Hari depan sudah singkat dan yang paling hampir hanyalah bau kematian. Saya masih bangun pagi. Bekerja gigih. Pulang paling kurang setengah jam lewat dari waktu mengetip kad perakam waktu. Semua itu sekadar penafian - bahawa tubah saya sangat menderita sakit. Penafian bahawa dengan semangat gigih - semua kesakitan fizikal akan sembuh. Saya tidak mahu merasa kalah dan gagal. Saya tidak peduli pasal kerja lebih masa. Saya tidak ppeduli pasal sakit saya. Janji kerja saya selesai.Namun pada hakikatnya.- ia tidak pernah dan tidak akan.  Bahkan saya perlukan pertolongan jua pada akhirnya. Tuhan - malam ini saya mahu hanya bersunyi-sunyi denganMu. Dan berkongsi dengan sesiapa yang masih datang. Masih menziarahi halaman ini. Terima kasih Tuhan untuk kelan...

Menemui kamu lagi - catat kecil dari ruang paling sunyi

Kegagalan melepaskan mimpi-mimpi nan rapuh,maka terhasil ini. Catat kecil dari hati. Daerah yang bergolak dengan pelbagai ragam dan langgam rasa. Epistolari Selamat memiliki dan menekuni.

Sejujurnya perlu ada

Ini adalah sebuah catatan tentang kisah benar. Bagaimana kau fikir dua orang sahabat ( mungkin kenalan barangkali ) bertemu di dunia maya - aku tidak kenal engkau dan engkau pun sama - tak kenal aku - kita berdua berjumpa bergosip tentang buku, penulis dan editor. Kemudian kita bertukar-tukar buku.  Aku sanggup ajak kau masuk ke rumah aku yang macam tongkang pecah - berbau ala-ala klinik veterina - kita duduk di sofa koyak dan bercakap-cakap pasal buku petang itu. Sedang aku, hendak pelawa jiran dan kawan sepejabat pun 'segan' - aku naik risau dengan rumah yang berbau kucing - aku malu pasal sofa koyak dan kain baju berlonggok dalam bilik tidak berlipat. Tapi aku boleh ajak kau duduk atas sofa koyak rabak, meja kopi berlerak dengan buku dan kertas entah apa-apa di atasnya. Jamu kau secawan kopi yang entah apa-apa  rasa.  Lalu sepetang -petang itu kita borak-borak pasal buku.  Sedikit pun kita tidak bertanya hal-hal peribadi. Contoh - aku bole...

Anda tidak perlukan apa-apa pil untuk berkhayal

Jadilah penulis, pengarang dan pencatat kecil-kecilan.  Ya. Saya baharu selesai menyiapkan satu lagi 'projek khayalan' saya.  Sebetulnya - saya malu mengaku saya menulis apatah lagi mengarang. Saya panggil diri saya penulis yang 'runcit-runcit' dan pencatat kecil. Macam menyediakan sinopsis cerita sahaja. Projek terbaharu saya yang bakal terbit masih lagi projek penerbitan berkonsepkan 'indie'. Masih kompilasi. Kolaborasi bersama beberapa rakan penulis dan pembaca yang pelbagai latar belakang dan karier. Macam Kapsul Nurani. Cuma kali ini, daya khayal saya lebih tinggi. Menitipkan warkah kepada seorang bayi yang tidak wujud. Bayi saya. Gadis kecil saya. Namanya Raihana. Daya khayal itu pasti datang bukan secara tiba-tiba atau sia-sia. Tentu ada hikmah. Sekurang-kurangnya buat pujuk hati sendiri untuk terus melangkah dan tersenyum. Biasanya lagu akan menjadi inspirasi saya. Kali ini, lagu dendangan Puan Fynn Jamal - Arjuna...

Aku Yang Asing

Tajuk entri yang berbunyi sungguh klise. Tiba-tiba sahaja terasa sangat asing menulis di sini. Dan sedikit rindu  juga barangkali. Atau Bestrari.net sekat kau punya laman Facebook (ya..itu pasti.) :D Rindu kepada kamu orang asing - yang tiba-tiba melalui medium ini kita menjadi konon-konon sangat mengenali. Kita bergurau senda. Usik-mengusik macam kita kenal lama. Sedang bersama kawan-kawan lama pun kita tidak bersenda dan bercerita sebegitu rupa. Orang Asing - benar kita pada mulanya adalah orang asing. Tiada sesiapa kenal sesiapa pada mulanya.  Itu barangkali yang menjadikan aku kadang tanpa segan silu bercerita macam-macam pada kamu. Lebih senang berkongsi kisah duka bersama orang asing. Kita saling mendengar (membaca) kisah-kisah luka, bersenda-senda dan pergi begitu sahaja. Orang Asing - Aku yang asing ini - merindui kamu. Sore ini, aku seperti yang kamu kenal dahulu. Masih suka meredah rintik hujan. Masih suka mencicip kopi panas. Masih bercakap ...

Catat kecil untuk hati

Hati yang sifatmu berbolak-balik sejak bila engkau menjadi kejam dan pendendam Mungkin kerap ditipu dilukai berkali-kali parut lama bedarah lagi Duhai hati bertabahlah lagi untuk sekali ini belajarlah memberi maaf lagi sekali *masih rasa sebal biar pun sepurnama telah berlalu. Maaf aku sekat kau dari membaca FB aku. Dan aku tak mahu kau ambil tahu apa-apa lagi tentang aku.

Catat kecil kepada Hiroshi

Pagi. Aku buka mata. Mengucap syukur - kerana untuk menulis cerita fiksyen aku perlukan engkau.  Agenda delusi masih jadi rutin - rasa yang mahu aku sorokkan pada dunia. Cinta yang infiniti kepada engkau. Kadang  aku yakin benar yang engkau memang ada.  Kadang aku dihujani rasa bebal yang bertimpa-timpa. Pagi minggu ini Hiroshi, hari semakin panas dan meninggi. Membawa ke senja yang renta. Seperti aku merasakan diriku.  Aku yang kadang perlu hilang waras. Sebentar.  Ya. Sebentar cuma.

Bakal berada di pasaran

Judul : Kapsul Nurani : 50 Catatan Inspirasi Penulis - Pembaca Harga : RM25.00(tidak termasuk kos pos) Penerbit : Komuniti Celikhuruf.com dengan sokongan Metromedia Solutions. Berminat? Hubungi saya via email (sicksadcity at yahoo dot com) ATAU pm via Facebook untuk tempahan. Terbitan bersama juga. Cuma kali ini diberitakan ada ISBN. Saya tidak boleh menjamin, namun percayalah buku ini akan menginspirasikan anda. Ada 50 kisah inspirasi tecatat di dalamnya.  Info lanjut di sini Jadi untuk apa menunggu?

Watashi no kuruma

Anak-anak hari ini bertuah amat. Dalam perut bonda, dalam buaian sudah naik kereta. Lulus 5A UPSR pun bapa sudah hadiahkan kereta. Sebagai intro. Bukan sebab saya 'jaki' dengan kamu. Bukan sebab itu. Saya bersyukur kamu tidak perlu bersusah seperti saya. Ini cerita pokok. Saya dan Encik Suami baru membeli kereta. Biasa-biasa. Buatan tempatan sahaja. Cukuplah sesekali ke tempat kerja. Hendak-hendak pulak musim hujan begini. Jika kucing sakit, senanglah sikit kami bawa ke klinik. Selepas 9 tahun berkahwin, baru kami berjaya mendapatkan kereta idaman.  Selepas sebulan memiliki kereta, baru kami faham akan 'kesusahan' Bertambah pula dengan segala 'mak nenek' kenaikan. Ditambah pula dengan kenaikan gaji kami penjawat awam gred rendah yang kenaikannya tentulah rendah juga. Kucing kami demam. Selsema. Ada kereta pun kami berfikir dua lapan kali untuk membawanya ke klinik vet. Tidak lagi seperti seperti dulu. Asal sakit, batuk sikit pun, ang...

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.   Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia. Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook. Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan. Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza. Masing-masing ada ego.  Jika saya merasa membuang samp...