Langkau ke kandungan utama

Selamat pagi imsomia



Setiap kali engkau datang aku tahu kau tidak akan bahkan tidak pernah meminta keizinan pun.  Namun setiap rintik yang jatuh – sentiasa aku perhatikan tanpa jemu.  Rintikmu nan cantik seakan manik terus membasahi bumbung dan meruapkan panas aspal, Aku sedar kau tidak akan pernah tertarik pun untuk membasahi tubuhku. Terkecuali aku sama ada sengaja atau tanpa sengaja membiarkan engkau menyirami aku. 

Aspal, tanah lapang, bukit bukau, gunung menghijau dan laut membiru jualah yang engkau tunggu. Sentiasa begitu bukan? Aku kerdil amat di dalam setiap rintikmu yang gugur.
Setiap kali engkau menghampiri, aku bertanya-tanya. Kenapa denganku, apa yang indah denganmu sehingga berterusan aku menyukaimu.  Obses, lebih tepat.. Padahal belum tentu kau masih mengingatiku, semuanya sudah terlampau lama sekali, bukan?

Aku salah pabila menganggap engkau menyakitkan. Harusnya aku bersyukur bahwasanya ini adalah anugerah Tuhan. Ini adalah keajaiban. Hati tidak bertaman setiap hari Seharusnya aku berfikir bahawa ini rahmat, nyaman lagi mendamaikan.

Namun, setiap kali datang aku terus menerus menghindar dengan sesak yang kualami sepanjang aku berjalan.  Setiap molekul air yang jatuh akhirnya akan beredar di bumi memberikan kehidupan. Memang engkau sebahagian dari cerita singkat ‘kita’ 

Sejujurnya kau tidak bersalah, hanya sisi lain darimu yang membuat semuanya terlihat  jelik ternyata indah.. Kini semua jadi indah. Setiap detik yang pernah terlewati antara kita, kau tidak menyedari apa yang aku rasa, bukan? Atau kau pun ‘in denial’ seperti aku jua.  Dan aku berhasil menyimpan rasa’pelik’ rapat-rapat darimu.  Padahal kita seharusnya peka dan prihatin Dalam situasi apa lagikah kita dipertemukan atau dalam situasi yang tak terduga.
Dan setiap kali engkau datang, rinainya menyusun kisah klasik tersebut dengan memori yang akan aku kenang sehingga separuh putih sudah rambut yang pernah ikal kehitaman ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Luah rasa di Fecabook - pro dan con

Suatu hari - seorang kenalan meluahkan isihatinya difesbuk. Luahan itu pula tentang kisah rumahtangga. Beliau mendapati dirinya dicurangi.  Aku rasa kasihan pada kenalan tersebut - bukan sebab dia dicurangi pasangan - tapi luahan rasa beliau menjadi isu di tempat kerja. Malah menjadi senda jenaka. Aku tengok semula FB aku - aku pun selain gemar menulis cerita fiksyen di fesbok gemar juga meluah rasa. Namun apa yang berlaku dalam rumahtangga aku - aku tak pernah tulis. Aku kadang lepaskan geram pada pekerja yang aku selia saja, kadang pada sikap pelajar yang aku rasa tak reti hormat aku dan kadang aku 'kenem2' orang atasan aku. Bertitik tolak dari insiden tersebut (kenalan aku yang tulis kisah dicurangi) aku mula secara perlahan--lahan berhenti update status fesbok. Kalau aku kemaskini pun - sesuatu yang bersifat umum. Semoga aku kekal konsisten dengan niat aku. Aku mahu delete akaun. Tapi dalam hati masih sayang. Berhati-hati dengan apa yang kita ko

Rindu

Pada hari aku ingin bersunyi dan rindu, aku datang ke blogspot. Serius! Blogspot adalah platform yang pikun. Masa untuk bertenang dan selamba berbanding kicau Twitter, Facebook dan Instagram Akhirnya terlalu teruja nak komen aku terkomen di blog yang salah. Kah kah kah Kamu apa khabar kawan?