Langkau ke kandungan utama

Mahu Tumpang Glamer Sekaki

Sejak ter'jatuh cinta' dengan Encik Kamera saya selalu melompat-lompat ke laman-laman foto.  Saya sudah lama belek-belek blog Uncle yang satu ini.

Entah apa yang cool sangat  saya pun tidak faham.  Saya suka pergi dan tengok diam-diam.

Tapi, saya syak dia pakai minyak pengasih. Entah berapa botol agaknya dia tuang sehari.


Saya syak saja okey!

Ulasan

tasekM berkata…
uncle gedek tu dh setaraf selebriti tu...

:)


.
Lily Abdullah berkata…
seriyes,,aku tak faham kenapa aku asik pi blog dia.


Sebab mungkin aku nak tengok background foto diri dia tu. hehe..
Nizam.Ariff berkata…
Ahhh.... kena bukak blog fotolah nampak gayanyer...
mas saari berkata…
salam perkenalan!

samalah, Mas pun hari2 mesti nak masuk blog dia..
Chaoi berkata…
salah satu cara up traffic..blog die ramai follower kot sugguhpun begitu..haha
EG berkata…
uncle kreatif. Haha
Lily Abdullah berkata…
EG,
Yes keratif :)

Chaoi,
kak tumpang up trafik hahaha..

Mas,
Salam perkenalan :)

Zam,
Sial tunujk muka ko kalau bran hahaha..


Ah! stress..keje banyak lagi aku naik malas.
Tanpa Nama berkata…
Aku jua begitu... Memula jumpa, sungguh mencuri masa kerja Mush bila tangan asyik tak berhenti tekan Older Post..
Faaein Talip Roy berkata…
saya tertanya2 uncle tu.. kalau amik gambar.. gaya dia lebih kurang aje..

mula2 ingatkan dia photoshop.. hehehe..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...