Langkau ke kandungan utama

Kangen lagi


Pagi itu cerah seperti sekarang. Langit sangat cantik dan biru sekali.

Kami, dua orang perempuan berbexa budaya dan agama berbual tentang cinta dan kehidupan berumahtangga.  Entah bagaimana, tiba-tiba dua orang perempuan asing dan baru saling mengenali bercerita tentang hal peribadi yang cukup intim. Hal yang sebegitu jarang diperkisahkan kepada rakan sekerja, jiran tentangga, suadara-mara apatah lagi bos kita.

Tapi kami dua orang perempuan asing boleh berkisah tentangnya.

Kazue, dalam Bahasa Inggeris 'Loghat BBC'nya bercerita panjang. Tragedi yang menimpa dan mengucar-kacirkan zaman remjanya. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Anak itu kesan sampingan dan tidak dirancang. Namun selepas bayi itu dilahirkan dia sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik. 

"Aku bercerai pada tahun kedua perkahwinan. Dia pemabuk dan kaki pukul"

Dalam mada sebak Kazue mmberitahu aku. Matanya berkaca. Seolah kesengsaraan itu baru berlaku semalam walau ia telah 19 tahun berlalu.

"Mariani san, kamu merancang untuk punya anak?" Tiba-tiba soalan diajukan padaku dengan sedikit nasihat.  Katanya, bukan mudah untuk seorang OKU Cerebral Palsy seperi kami mahu membesarkan anak.

Dia seraya menyambung. Anak akan bertanya dan aku patut bersedia dengan jawapan yang pelbagai.  Kadang soalan-soalan anak kecil akan buat kau makan hati. Teluka.

Aku maklum itu.

Lalu,aku katakan padanya. Kadang renung pandang orang dewasa pun buat kita terluka. Terpulang kita bagaimana untuk mengawal dan meminimakan perasaan terluka itu.

Dia berbeza. Tidak seperti Aya. Yang bersembunyi ketika minum arak dan merokok di hadapanku. Perlakuaannya lebih mirip Tomoko Innoe. Tanpa silu, merokok dan minum-minum di hadapan aku.

Pagi ini cerah. Langit biru. Aku rindu. Berjalan-jalan menyusuri kali lima Osaka Castle. Mendengar germercingan loceng yang digantung di ranting-ranting.  Meriah sekali bunyinya tika ditiup bayu.

 Aku rindu minum-minum orcha dan menjamah sushi. Berbual bersamamu lagi Kazue Kitakado.

Engkau yang banyak betanya tentang pegangan agamaku. Engkau yang begitu kagum dengan rumah Tuhan di Kobe.


Ulasan

so'od berkata…
Sambung lagi cerita kangen.
Tanpa Nama berkata…
oho..kangenband!..errkk...

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...