Langkau ke kandungan utama

Catatan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.
Catatan terbaharu

Rindu

Pada hari aku ingin bersunyi dan rindu, aku datang ke blogspot. Serius! Blogspot adalah platform yang pikun. Masa untuk bertenang dan selamba berbanding kicau Twitter, Facebook dan Instagram Akhirnya terlalu teruja nak komen aku terkomen di blog yang salah. Kah kah kah Kamu apa khabar kawan?

Salin baju blog saja? kah lah kah

Sebenarnya banyak yang aku nak cerita - cuma entah dari mana nak mula. Mungkin tentang kucing buruk aku yang bertambah lagi 8 ekor. Pasal kerja, tidak banyk berubah,  Cuma aku salah tulis resit untuk dihantar ke audit.  Kesilapan demi kesilapan. Orang pun bosan. Okay itu dulu. K bye

Sometimes I hate myself

Dalam pekerjaan aku, banyak tugasan. Ada kawan-kawan pejabat nasihatkan tidak perlu nak stres sangat - buat saja ikut kemampuan. Kata mereka. Nak mengaplikasikan kata mereka adalah sangat susah - aku ni OKU, jadi aku kena tunjuk aku 'kena lebih' atau sekurang-kurangnya setara dengan orang lain. Mesti boleh dan kena boleh.Wajib boleh Maka aku - semenjak kembali bekerja- aku kerja sungguh-sungguh. Untuk apa? Barangkali untuk niat yang salah. Mengharap manusia yang tidak pernah iktiraf kerja aku, mengiktiraf kerja aku. Bukan untuk naik pangkat, naik gaji atau APC. Bagi orang gomen kerja lebih atau kerja kurang gaji statik saja. Namun aku tetaplah tidak berdaya mendapat pengiktirafan.  Yang selalu orang sebut-sebut - tidak boleh itu, tidak mampu ini - dari tempat kerja, PPD sampai ke Jabatan (entah2 kementerian) - itulah yang menjadikan aku fames. Tak sesiapa pun sebut effort aku. Itulah manusia. Kadang aku rasa nak duduk berkurung dalam ofis, tapi kerja ak

Selamat pagi imsomia

Setiap kali engkau datang aku tahu kau tidak akan bahkan tidak pernah meminta keizinan pun.   Namun setiap rintik yang jatuh – sentiasa aku perhatikan tanpa jemu.   Rintikmu nan cantik seakan manik terus membasahi bumbung dan meruapkan panas aspal, Aku sedar kau tidak akan pernah tertarik pun untuk membasahi tubuhku. Terkecuali aku sama ada sengaja atau tanpa sengaja membiarkan engkau menyirami aku.  Aspal, tanah lapang, bukit bukau, gunung menghijau dan laut membiru jualah yang engkau tunggu. Sentiasa begitu bukan? Aku kerdil amat di dalam setiap rintikmu yang gugur. Setiap kali engkau menghampiri, aku bertanya-tanya. Kenapa denganku, apa yang indah denganmu sehingga berterusan aku menyukaimu.   Obses, lebih tepat.. Padahal belum tentu kau masih mengingatiku, semuanya sudah terlampau lama sekali, bukan? Aku salah pabila menganggap engkau menyakitkan. Harusnya aku bersyukur bahwasanya ini adalah anugerah Tuhan. Ini adalah keajaiban. Hati tidak bertaman setiap hari Seharu

Luah rasa di Fecabook - pro dan con

Suatu hari - seorang kenalan meluahkan isihatinya difesbuk. Luahan itu pula tentang kisah rumahtangga. Beliau mendapati dirinya dicurangi.  Aku rasa kasihan pada kenalan tersebut - bukan sebab dia dicurangi pasangan - tapi luahan rasa beliau menjadi isu di tempat kerja. Malah menjadi senda jenaka. Aku tengok semula FB aku - aku pun selain gemar menulis cerita fiksyen di fesbok gemar juga meluah rasa. Namun apa yang berlaku dalam rumahtangga aku - aku tak pernah tulis. Aku kadang lepaskan geram pada pekerja yang aku selia saja, kadang pada sikap pelajar yang aku rasa tak reti hormat aku dan kadang aku 'kenem2' orang atasan aku. Bertitik tolak dari insiden tersebut (kenalan aku yang tulis kisah dicurangi) aku mula secara perlahan--lahan berhenti update status fesbok. Kalau aku kemaskini pun - sesuatu yang bersifat umum. Semoga aku kekal konsisten dengan niat aku. Aku mahu delete akaun. Tapi dalam hati masih sayang. Berhati-hati dengan apa yang kita ko