Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bolehkah dipercayai?

Ketika saya menggugel kata kunci "Lily Mariana Abdullah" saya bertemu ini Membuatkan saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Bilakan sajak ini tersiar dan bilakah tarikh saya menerima saguhatinya.  Mengikut rekod,sajak ini tersiar pada 25/4/2010. Bolehkah pengkalan data ini dipercayai? Suratkhabar lama..paper lama ...siapa ada. Saya mahu lihat hiks! , Yup..yes..biarpun terlambat, saya sudah berjaya membuat print screen pada blog.

Telefon Bimbit

, Rupanya hidup tanpa kamu adalah sangat 'sorga'.  Dan kalau aku, membeli kamu lagi, aku rahsiakan nombormu. Digunakan bila perlu dan nombor hanya diberikan untuk keluarga,kawan yang akrab dan urusan kerja semata , , Rupanya hidup tanpa kamu lebih 'sorga' Hahaha!

Lima catatan kenangan sesudah bermastautin

/1/ Sebuah tren dalam kenangan Dalam gemerlap cahaya pagi pada sebuah kota dengan seribu kerlip di masa lalu aku menjerit tanpa suara, rasa putus asa kadang tersisa didera bayu dingin yang ranum Ah! kota ini, yang paling ku benci dalam separa cinta dalam sesak nyawa mungkin masih ku ingat namanya sekadar satu dua kota yang ku jalani dalam lambaian cerita waktu usia separuh ranum bisa tancapkan sejarah di minda kenangan Penguasa asyik bermadah seloka bukan tentang air sumur senja yang dibasahkan jiwa di paruh waktu bukan tentang tumpahnya air mata di masa lalu bukan Tuhan yang di sembah di lima waktu bukan tentang penjual kaki lima yang sentiasa lari dikejar mereka pastinya gadis-gadis bermata bundar, berharuman Estee Lauder dan bagaimana harus menawan mereka dengan mandat diberi rakyat Malam bertransformasi pagi dan pagi adalah babak baharu dalam jurnal kehidupan ia hidup bersama nyawa seribu embun di serumpun bambu tua di sebuah pagi seranum anggur peram pada...

Lesu dan sesak

Hati sedang gloomy . Di waktu pagi kepanasan sudah mencakar diri . , so speechless

Lima musim

Oh! Rupa-rupanya sudah hampir 5 tahun menulis dan berkongsi cerita di halaman ini. Kesimpulan yang dibuat, entri semakin ramai yang membaca. Komentar semakin kurang.Tidak mengapa, saya pun semakin jarang bertandang ke halaman kawan-kawan. Jika ada pun,kadang membaca dan mencerna dalam diam. Adam Zhacary Sungguh, saya tidak tahu. Anak manis tampak sopan dan pendiam yang selalu memberikan salam dan tersenyum kepada saya itu rupaya anak bujang Allahyarhamah kak Dalillah Tamrin. Ah! Betapa dunia ini sederhana kecil. Tamtam  Ibu saya sudah meninggalkan saya. Dikuti oleh adik-adik yang masih mnyusu dan belum celik mata.  Saya tidak semolek anak kucing yang dijual di kedai-kedai haiwan peliharaan. Tapi, saya bertuah. Seorang perempuan, sanggup menyayangi saya tanpa syarat. Nama saya Tamtam. Rupa tidak comel. Berbulu hitam pendek. Baka tempatan. Ibu melahirkan saya di bawah mesin basuh perempuan yang menyayangi kami tanpa syarat. Tamtam Nota:  Tika entri ini ditulis,...

Kalau kau beritahu aku wang bukan segalanya aku akan rompak kamu - Anne Lily

Cik Tam(2010-2011) Ketika 8/7//2011 - orang masih belum keluarkan duit gaji bulan Jun, baki gaji Anne cuma tertinggal RM10 di dalam  bank bercapkan kepala 'meow besar' itu. Semalam di dalam dompet Anne, cuma ada RM80.80 tunai. Sudah dihabiskan sebanyak RM40.00 tunai juga kerana terpaksa membeli susu anak-anak 'meow' kecil berusia 2 hari yang kematian ibu dilanggar kereta jiran. Anak-anak 'meow' enggan minum susu yang dibelinya. Dan seekor telah menurut jejak ibunya petang tadi.  Anne masih cuba memberikan susu kepada ketiga-tiga anak 'meow' yang masih hidup. Ternyata usahanya menemui jalan buntu. Anne cukup hiba. Tiba-tiba Anne, teringat akan baki wang yang ada. Lagi-lagi Anne jadi hiba. Sudah dua malam suara-suara anak-anak ' meow' mengganggu tidur dan hari-hari dia perlu untuk mengecap sedikit ketenangan di hujung minggu sedikit terganggu. Anne buntu,apa lagi yang boleh dilakukannya selain bercerita pada kalian di ha...

Fiksi-fiksi sebaris ayat dan sebuah puisi yang tidak tersiar di media besar (di kala mata enggan pejam)

sumber foto Menanti Dia menantimu sehingga nyawa cair dan larut bersama empingan salju. Kesakitan Di hadapanku seorang perempuan muda berambut keperangan berwajah ala selebriti sedang diambil tekanan darahnya. Oh! Betapa kesakitan tidak memilih rupa dan usia Parut luka Telinga telah lama melepuh dengan hinaan dan cacian bergulung-gulung dalam jelmaan seekor ular. SALJU DAN RUMAH AGAM dari seberang aspal berdiri tegak rumah agam kepulan salju yang kedinginan jatuh cinta pada sepasang mata di mana matahari memancar ia, sang salju memutih itu, ingin sekali mati terbakar pada sepasang mata dari seberang lain, tegak rumah agam lebih indah dan sepasang mata perempuan jatuh cinta pada kepulan salju bersih putih di mana ais berkepalan, berhablur dan berakar sepasang mata itu ingin sekali ikut mencairi kepalan salju, mengalir lalu hanyut Rumah-rumah agam, tidak betah berbuat apa-apa kecuali basah dan dingin lamannya menangis. Sepasang mata pe...

Abang Teh, mohon diampun segala dosa adik

Abang Teh yang adik sayangi, Tika entri ini ditulis, abang barangkali sudah selamat bersemadi di perut bumi. Mengadap Dia Yang Maha Esa. Tadi, Khadijah memaklumkan kira-kira jam 7.00 malam, abang telah kembali kepadaNya. Malangnya, Khadijah terlewat memaklumkan. Kira-kira jam 11.00 malam baru Khadijah telefon. Abang Teh yang adik sayangi, Waktu Khadijah memaklumkan khabar sedih itu, adik tidak terasa apa-apa pun. Setitik airmata pun tidak menitik. Sejujurnya, adik tidak merasa sedih sedikit pun. Entah apa sudah jadi dengan hati adik, menangis hiba kerana matinya seekor kucing,  Tapi, tidak pula merasa kehilangan di atas ketiadaan abang.  . Waktu kita kecil abang, kita  begitu akrab. Kita kongsi semua. Buah epal, roti,kek dan ais krim. Makanan mewah di zaman kecil kita. Ikan tamban kering adalah lauk rutin yang selalu kita kongsi. Kalau abang makan pisang, abang akan beri adik separuh sekiranya tidak cukup. Nasi yang adik tidak habiskan abang akan habiskan kerana kita ...

Tanah Kubur

Aku digeruni, tidak pernah menjadi rebutan semua tahu mati itu kebenaran manusia jarang mahu ambil peringatan Aku digeruni, ketika talkin dibacakan selesai mayat dikapankan munusia kembali berbicara  tentang tanah bernilai jutaan ~ 24 Jun 2011~

Buai laju-laju (kenangan zaman anak-anak yang manis bercampur kelat)

Kata Cik Faz, Buai laju-laju sampai pohon sena apa dalam baju seketul hati luka Dan saya jawab Buai laju-laju sampai pohon sena apa dalam baju sekalung kenangan luka Cik Faz mengiyakan komentar saya `senyum lebar` Photo by  Sandra Steh  

Apa yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel sebahagiannya sudah ditulis di sini

Hari Isnin datang lagi. Sekali lagi perlu memakai baju yang paling skema dan bersiap seadanya.  Pergi buka ofis, naik dua blok bangunan,pergi dewan makan. Buat komplen pasal dapur orang. Dapur sendiri pun berselerak Dan yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel, adalah berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan untuk berada di tempat sekarang. Saya barangakali sebahagian  Burke Ryan dalam filem Love Happens Sehingga dituduh hipokrit oleh salah seorang pembaca. Yes. Saya hipokkrit. Demi kelangsungan hiidup. Dia tidak akan mengerti apa yang telah saya lalui untuk berada di tahap ini.  Masakan dia begitu mengenali saya dengan hanya membaca sebuah arikel. Untuk tidak memanjangkan sengketa, saya mengiyakan tuduhannya. Saya kira berdebat tentang hipokrit, tiada penamat sampai kiamat. Terima kasih untuk panggilan dan sms serta komentar di blog. Gembira mendapat kenalan baru dan pangillan sahabat lama.  Saya tahu, selama ini ramai yang mencari saya. Tapi saya berdi...

Tuah

  Setiap pagi Ahad dia menunggu tuah mampir. Dan doanya tidak pernah terputus apatah lagi terpupus. Berangkai dan berantai dan bersambung-sambung. Bagai utaian manik-manik yang terkalung di leher Pada pagi yang seterusnya dia menunggu lagi untuk pagi Ahad yang seterusnya Lalu, dia bertitah pada diri. "Okey, tutup buku!".  Ayuh! dengan lafaz nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Buka buku baru. Atau sambung helaian lama yang tertinggal.

Api kerinduan yang tidak pernah padam dan terima kasih untuk pengalaman

Abah (allahyarham) tiada banyak ilmu agama ketika membesarkan saya dan Khadijah. Kadang, sebelum kami lelapkan mata dia akan bercerita sambil mengibas-ngibas nyamuk dalam kelambu yang berlubang-lubang.  Emak seperti emak yang sekarang. Selalu sakit-sakit.  Kadang emak tidak sempat menampung kelambu koyak, lalu abah akan mengikat tempat yang berlubang dengan getah. Sambil menyanyi dan lagu ini adalah lagu kesukaannya. Lagu kesukaan kami. Entah kenapa malam in, tiba-tiba saya rindukan suaranya. Semoga abah aman di sisiNya. Al Fatihah.

Remy, namaku Anne Lily!

Remy ,aku memahami maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Maksud nukilan yang kau hembus dan engkau berharap ia diterbangkan angin. Mungkin angin itu berpusar dan tersasar arah. Mungkin angin puting beliung. Maka, maksud coretanmu itu tidak sampai ke tangan strangers yang kau harapkan. Barangkali dia yang kau puja sesuku gila. Barangkali! Oh! Lupa, namaku Anne Lily. Kau boleh panggil aku apa-apa saja. Mungkin Anne, Lily atau strangers. Benar secara literalnya kita adalah orang asing. Mari aku kisahkan engkau sesuatu Remy. Tentang aku dan tentang bagaimana aku temui maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Kau berharap ia didebukan dan diterbangkan angin. Tetapi ia berlaku pada hari, jam, waktu dan strangers yang salah. Ini barangkali takdir Remy. Kau tahu, takdir adalah hikmah. Oh, sekali lagi. Namaku Anne Lily. Sudah dipunyai Adam. Walau kami sebumbung, semakin lama cinta kami dihakis waktu. Dan kami seperti maksud di dalam nukilanmu. Kami adalah dua orang asing yang berkongsi sebua...

Jangan ambil mudah dengan aku!

Sungguh wang dan kekayaan itu sorga. Kau mampu beli bangunan dan hati serta kemunusiaan atau barangkali sifat-sifat kebinatangan yang wujud di dalamnya. Harus aku ucap terima kasih kepada engkau! Dan tahniah! Apa kau fikir dengan wang kau derma di sini-sini, di sana, di sinun; kau beli karpet surau atau sambungkan air buat anak-anak di asrama berwuduk bisa memotong dosa kau. Yang tidak pernah surut-surut guna taktik kotor menginaya orang seperti aku. Aku sesak nafas si kaya. Hanya beberapa detik sahaja lagi. Berikan aku sedikit ruang untuk sama-sama kita bernafas. Hey, jangan kau harap aku akan pergi mati. Selepas aku kesat airmata ini, aku akan bangkit berjuang dan bermula lagi. Jangan kau fikir, kalau kau sepak kaki tempangku ini aku akan terus jatuh. Aku akan bangun dan melawan! Sekian.

Lagu untuk diri

Selamat Pagi (Secebis catatan untuk diri) Selamat pagi diri Esok kau perlu bangun di awal pagi perlu mencari sesuap rezeki Mengapa mata enggan pejam lagi Dan hanya engkau yang perlu mecari dan mengerti jawapan lulur ada dalam diri Hanya sepertiga dikongsi Bakinya terkepung terkurung dalam hati

Pelik, saya menghadam racun dan saya masih hidup.

Dia bukan kekasih gelap saya. Cuma seorang teman blogger yang entah bila mula mendatangi (mendatangi?) halaman saya, Kadang saya tertanya-tanya bagaimana dia mula mengetahui dan membaca halaman saya. Cerita-cerita yang saya kongsi dan apa yang menarik tentang cerita-cerita tersebut. Dan tulisan saya, semakin lama, semakin mengarut-ngarut. Dia mengirimkan saya "Racun". Katanya " Ini cerita aku" Racun Bab 1 - Warna-warna kota gampang dan apa-apa yang terbuai-buai di antaranya. Sebagai seorang yang pernah menulis cerita fiksyen saya tertarik cara dia menggambarkan kegampangan sebuah kota dan kegampangan penghuninya. Barangkali gejala sosial yamg sedang melanda Bani Melayu yang mengaku dirinya Islam. Kota Gampang itu lidahnya terlalu panjang. Jauh jelirannya sahaja mampu menjangkau bidai langsir yang berbau hanyir di keda-kedai usang di pekan Rawang. Juga,ia mampu meludah jauh sehingga ke celah-celah pokok buluh hijau di taman yang suram di selatan Bangi,ketika jari-j...

Di hari dia terasa mahu memilih untuk menghadam racun

Hari Sabtu hujan turun rintik-rintik. Hari Sabtu bagi dia sama sahaja seperti hari berkerja yang lain. Apatah lagi semalam magis yang dinantikan tidak muncul. Sakit gigi adalah satu penyiksaan yang amat-amat tidak terkata. Memang, kesakitan walau dalam bentuk apa pun adalah gambaran yang tidak mampu diayatkan dengan sebarang kata puitis bentuk baru. Kalau yang klise itu sudah selalu-selalu kamu baca dalam novel dan cerpen. Membawa kerja pejabat ke rumah adalah habit yang tidak baik. Demikian nasihat seeorang teman sepejabat. Namun, dia tidak pernah mahu dengar. Bagi seorang boss yang tahu undang-undang tetapi tidak tahu makna bertimbang rasa, di hari dia bercuti sakit pun diperintahkan membuat panggilan itu dan ini. ps: Terima kasih untuk "Racun". Hari ini saya mahu mengadamnya. Terima kasih untuk kawan yang tidak saya tidak pernah ketemu tiba-tiba amengirimkan saya "Racun". Saya tidak pandai rebiu buku. apatah lagi untuk naskah yang bagi saya agak abstrak sepe...

Magis

Jam 7.52. Saya belum ke tempat kerja, Sangat letih dan dan sakit. Tapi semalam saya sudah diarahkan menyiapkan surat itu ini. Hendak bercuti? Jangan haraplah! Saya doakan moga hari ini, saya punya magis. Kekuatan dan kesabaran. Magis! Ah! Sungguh tertekan.

Cerita saya dan kamar pelik itu.

Petang tadi, hujan turun dengan lebat. Siap angin ribut kilat sambung menyabung lagi. Makanya, saya menjadi suka hati melihat hujan turun. Saya berlenggang-lenggang pulang ke rumah jam 6 petang. Dalam hujan yang sudah reda lebatnya. Tiba di rumah, seperti selalu. Saya capai romote Astro hendak menonton CSI. "Pagi ,petang, siang malam,hujung minggu, malam minggu, asyik CSI,CSI" Bebel Encik Suami buat-buat muka menyampah. Kemudian dia tumpang tengok sekaki. Tapi. petang ini tiba-tiba bekalan elektrik ke semua soket tiada. Saya tidak dapat memasak air. Hatta merebus mee segera sekali pun, Gas memasak pula, waktu-waktu sesak beginilah, tongnya mintak isi semula. Tidak dapat menonton TV. Beteri laptop pula sudah tinggal separuh. Maka, bertemanlah saya malam ini bersama kecerahan lampu dan bunyi kipas berpusing. Dan derap-derap tapak kaki entah siapa di luar bilik hujung sekali. Saudara-mara yang datang haram tidak mahu tidur di bilik itu. Tiada siapa bercerita apa-apa kenapa mer...