Langkau ke kandungan utama

Pelik, saya menghadam racun dan saya masih hidup.


Dia bukan kekasih gelap saya. Cuma seorang teman blogger yang entah bila mula mendatangi (mendatangi?) halaman saya, Kadang saya tertanya-tanya bagaimana dia mula mengetahui dan membaca halaman saya. Cerita-cerita yang saya kongsi dan apa yang menarik tentang cerita-cerita tersebut. Dan tulisan saya, semakin lama, semakin mengarut-ngarut.

Dia mengirimkan saya "Racun". Katanya " Ini cerita aku"
Racun Bab 1 - Warna-warna kota gampang dan apa-apa yang terbuai-buai di antaranya.

Sebagai seorang yang pernah menulis cerita fiksyen saya tertarik cara dia menggambarkan kegampangan sebuah kota dan kegampangan penghuninya. Barangkali gejala sosial yamg sedang melanda Bani Melayu yang mengaku dirinya Islam.

Kota Gampang itu lidahnya terlalu panjang. Jauh jelirannya sahaja mampu menjangkau bidai langsir yang berbau hanyir di keda-kedai usang di pekan Rawang. Juga,ia mampu meludah jauh sehingga ke celah-celah pokok buluh hijau di taman yang suram di selatan Bangi,ketika jari-jari nakal mula menjalar dari butang ke butang baju si pasangan.

`ms 1`

Saya sukakan bab 2 di mana ada perenggan yang seolah-olah bercerita tentang diri saya.

Aku kau kunyah, diriku hancur dimamah. Sakit. Perit. Luka dibalut pedih. Dan aku pun menjadi terlalu lemah. Hancur, hancur dan hancur.
Tapi kau tak mampu hancurkan hatiku. Hati aku masih utuh. Dan aku sedang mencari-cari jalan untuk satu pembalasan. Aku bukan berdendam, tetapi sekadar mau pembalasan yang adil.

`ms 5`

Bagaimana pun saya jadi teruja dengan fiksimini "Selamat Pagi Labah-labah".

Dan saya berdoa saya mampu menjadi serangga kecil yang tekun memintal sutera untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang sering memperlekehkan saya.

Bab-bab selainnya lebih menjurus kepada kritik sosial, pengalaman pahit manis penulis ketika berinteraksi dengan alam dan manusia di persekitarannya. Malah salah satu tulisannya berjaya menjiwai watak seekor babi hutan.

"The purposes of writing are to express and impress
! "Kata tutor saya dalam kelas di semester lepas.

Terima kasih kawan! "Racun" ini akan menyuntik semangat untuk terus berjuang. Tetapi saya idak mahu meminta-minta seperti Ayu. Dia meminta sepasang sayap putih untuk kembali menjadi Malaikat.

Saya hanya mahu menjadi manusia!

PS: Siapa nak kena racun sila email dia. Apa email kau Zam?

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
ckLah kena baca dua tiga kali baru faham akan coretan dak Zam tu. Makin lemah daya mena'akul ckLah mutakhir ni...
Lily Abdullah berkata…
Ooo..akak rupanya orang ke 3 yang dia racun selain diri sendiri ha ha!
aza ni berkata…
assalam lily
moga hari harimu betambah ceria setelah diracuninya.
tasekM berkata…
dia penulis yg bagus.
aku kata.
sila hantar karya ke media cetak.
tapi dia malas.



cer tolong ceramah sikit kt kekasih gelap ko tu kak.


.
Nizam.Ariff berkata…
Salam kak Lily,

Terima kasih.
Terima kasih kerana menulis tentang Racun itu.

Malah, aku terharu bila akak sanggup salin balik sebahagian dari buku itu - yang pastinya bukan secara 'cut & paste'...

terima kasih, kak.

kalau sapa nak kena pakat-pakatlah, boleh kurangkan kos binding. bukan nak untung. hanya nak berkongsi buah tangan. tulis kat komen blog aku sapa2 yang nak.
Makbonda61 berkata…
CkLah,
macam menarik,
aku ketinggalan bas mungkin,
bagi alamatnya.
Nizam.Ariff berkata…
Oh ya, lupa...

email: nizam.ariff@yahoo.com
ckLah @xiiinam berkata…
Water lily;
Kami pernah berkongsi cikgu Bahasa Melayu yang sama...dan diajar mencatatkan mimpi kami sejak kecil lagi. Kan Zam! Hehehehe



(Abang dia pula Munsyi bahasa cklah)
l.i.f.e berkata…
rindu nak jumpa kakak
Lily Abdullah berkata…
Shila,
Moga berjumpa lagi.

Ooo..rakan seperguruan lah te kak Lah.

Kak Has,
Saya juga dah banyak tertinggal bas. Sejak bekerja, ruang nak membaca dan menulis semakin terhad.

Tas.
Aku patut ceramah kat diri aku dulu sebelum ceremah ke dia ni haha..

Ko tau, menulis di media perdana bulih buat semangat ko down bila karya ko tak tersiar. Sifu ko kata karya ko sgt2 bagus dah.

Tp tak bagus pula di mata editor.
Lalu aku teringat cepen" Editor Seorang Tuhan".

Aku rasa menulis blog lagi best. Sb aku asal pun blogger.

Azani,
Saya nak clorox lah pulak..hehe..

Nizam.
Terima kasih kerana meracun gua haha!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam