Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kesibukan dan sebuah kisah rindu tanpa penyudah

Berada di kamar kecil dengan kedinginan yang tidak setara dengan kondisi kesihatan saya amat menyakitkan fizikal. Internet gagal berfungsi, jadi saya terpaksa mendfraf dahulu entri ini di dalam MS Word. Jadual saya minggu ini cukup padat. Selepas menghadiri kursus induksi di Melaka., terpaksa pula bergegas pulang menghadiri peperiksaan anjuran jabatan. Saya fikir boleh bercuti, malangnya terpaksa pula menyediakan dokumen-dokumen untuk mesyuarat di sini. Kediaman yang saya tinggalkan berselerakan dengan pinggan-mangkuk tidak berbasuh dan kain baju tidak berlipat. Saya risau, jika meningggalkan rumah dalam keadaan begitu. Risau jika, saya tidak dapat pulang lagi. Pulang ke tempat kekal abadi. Kamar ini, membuatkan saya mehjadi rindu kepada pangsapuri sempit Ayako yang saya tinggalkan. Rupanya sudah 4 tahun berlalu. Kedinginan kamar ini, membuatkansaya terasa baru semalam saya meninggalkan Osaka dan anak muda bermama Hakim itu tidak juga saya temui. Aishah, rakan sekamar saya yang b...

Sekadar mahu mengapai mimpi silam

Hari ini saya bercuti sakit. Rasa macam nahu tercabut kaki dan pinggang hanya untuk mengambil sijil cuti sakit, Kalau setakat mahukan paracetamol atau piriton, di dalam peti ais saya sudah bersepah. Walau saya menunjukkan kad OKU, segala itu tak de maknanyeeee Di sini, saya terpaksa bersaing dengan warga emas dan bayi-bayi. *** Setiap Ahad, saya sentiasa kehujanan. Tapi saya tetap bersemangat untuk ke kelas kerana semester ini saya mendapat tutor-tutor yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berpengalaman. (senyum) Eh! Jangan salah faham. Saya maksudkan mereka tahu cara mendekati pelajar dewasa (dibaca: tua). Bukan tutor yang hanya membaca modul dan menterjemahkannya. Mereka bersedia memberikan input dan maklumat baru serta berkongsi pengalaman dan panndangan. Saya suka kelas. Walau saya tidak begitu sihat dan keletihan saya masih bersemangat mahu ke kelas. *** Saya juga terdengar cakap-cakap belakang di kalangan para guru di sini. Kata mereka, buat apa belajar, bukan boleh jadi c...

Tiga Fiksi Tentang Edan

Anne dan Adam Saban hari dalam musim ini, Anne kira akan menjadi hari-hari yang panjang buat mereka. Dia merasakan tiada apa-apa lagi untuk disayangi. Mereka sekadar hidup di bawah satu bumbung kerana sebab yang entah apa-apa. Dan satu-satunya yang dirindui, mungkin perbualan-perbualan masa yang lalu. Tahun-tahun di mana dia dan Adam belum lagi sebumbung. *** Semalam Anne melihat langit masih mencacah wajah mendung. Dia masih menunggu kotak ajaib kembali kepadanya. Ternyata hampa! "Ahh..sial!" Anne menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia tertanya-tanya. Apakah perca-perca cinta enggan kembali bercantum. Atau kotak ajaib telah berpaling tadah. Dalam deras deru hujan, Anne menanti kotak ajaib kembali. Perca-perca cinta bercantum semula. *** Dia - Adam Mereka berjiran. Bezanya Anne dan Adam tidak tinggal di blok bangunan yang sama. Tingkat rumah masih sama. Balkoni mereka bertentangan. Dan Anne selalu mengintai dia. Anne suka dia. Dia Adam! Hanya dia yang mampu membuat nafas An...

Kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Hari ini merupakan hari kedua saya berada di pejabat baru. Asrama yang selama ini berpenghunikan makhluk 'bukn-bukan' itu sudah dihuni oleh anak-anak yang kepingin belajar berdikari. Mengendalikan dua pejabat serentak bukan tugas mudah. Kadang saya terpaksa mnghirup minuman sambil berjalan. Serius! Disebabkan pengalaman saya yang sifar, akaun asrama yang dibuka dikuiri Jabatan. Sudah berminggu saya naik radang dengan pelbagai perkara. Oleh kerana, saya sudah ada pejabat sendiri, melakukan kerja tanpa pengawasan saya pun mengamok dengan merenyok-renyokkan kertas-kertas terpakai. (Saya lupa DIA yang maha melihat) Bersepah-sepah memenuhi ruang pejabat. Tiba-tiba, pintu pejabat saya ditolak. Terpacul wajah Kak Milah. Bersamanya, dua orang lelaki yang memang sah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah. "Mengamuk ke Mar?" Tanya pengetua baru saya itu. Ya! Kami memanggil pengetua kami dengan panggilan 'kakak' kerana sebelum ini kami sudah terbiasa begitu. Bukan 'p...

Entri spontan tika imsomia

Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan. Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya. *** Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal. *** Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam. *** Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh. Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbuk...

Sekadar sebuah certa.

Katakanlah anda memiliki hidung yang tidak sempurna. Semua orang sentiasa fokus kepada ketidaksempurnaan itu tanpa mereka menyedari anda memiliki sepasang mata yang cukup cantik menawan Dan ada seseorang yang baru anda temui, mengatakan kekurangan anda tanpa berlapik berkias. Berhadapan, secara terangan-terangan seolah anda adalah sebuah android. Bohonglah, kalau anda tidak marah, berkecil hati dan rasa terhina amat. Lebih menjengkelkan, orang itu pertama kali anda temui. Ah! Sukarnya menjadi saya. Saya sedang cuba memaafkan orang yang menjengkelkan diri saya pagi tadi kerana di kedua-dua tourial semalam saya bertemu dengan mereka yang nampak akan kecantikan mata anda dan melupakan kekurangan yang ada pada hidung tersebut '(senyum) Jadi bergembiralah dengan lagu ini.

Lelah

Di luar sana hitam pekat. Lampu-lampu di sekeliling kediaman tetap setia menyapa. Namun cahayanya tidak cukup terang buat saya. Saya dihambat kesunyian yang menjadi-jadi. Hasilnya cuma satu entri blog. Di kaca tv, wajah si hero 24 kelihatan berbalam-balam. Ah! lelah memilih perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Kerana yang benar-benar saya ingini bukan sekadar kerja. Saya mahukan kerjaya. Ah! Ampun Ya Allah. Saya tamak

Perihal Jatuh

Salah satu masalah kesihatan akibat ketidakupayaan saya adalah gagal mengimbangkan badan seperti orang lain,. Dengan lain bicara, saya mudah terjatuh. Sejak keadaan kesihatan saya berada di tahap yang kurang memuaskan akibat pertambahan usia masalah mengimbangi badan semakin ketara. Seingat saya, sewaktu kecil saya juga kerap terjatuh. Sampai kini pun, saya memang tidak boleh berdiri atau berkerja mengikut kemahuanh hati. Semalam, saya jatuh lagi. Dahi lebam. Darah mengalir laju, sampai membasahi baju T yang dipakai. Mulanya saya ingatkan jatuh yang biasa-biasa sahaja. Paling tidak terseliuh kaki dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan beberapa hari. Saya panik. Apabila mendapati darah mengalir tanpa henti. Jiran-jiran baru saya datang dan membantu membawa saya ke hospital. Terus disorong ke wad kecemasan. Siap dipasang drip dan tekanan darah diambil. "Ah! Kepala aku. Habislah..," Fikir saya. Kepala adalah segala-galanya. Kita bisa hidup tanpa kaki. Tapi yang hidup tanpa k...

Beku

Dia berharap. Moga ada kalimah-kalimah indah muncul di dalam setiap mimpi-mimpinya. Malangnya dek kerana kelelahan berkerja dicampur dengan kesakitan-kesakitan fizikal dia tidak pernah bermimpi lagi. Atau dia mungkin terlupa akan mimpi-mimpi itu. Lalu dia mendongak ke langit. Kecerahan langit buat dia kembali tersenyum. Ah! Kalau pun hujan tentu ada musimnya.

Dunia Anak Wayang

Saya tidak banyak tahu tentang dunia kamu. Namun apa yang saya perhatikan malam tadi, asing benar dengan dunia kekampungan saya. Tidak mahu menulis panjang lebar. Nanti orang bilang saya polis moral. Mudah-mudahan, saya tidak tergolong di dalam golongan yang sering menyumpah keaiban dunia seni yang kamu perjuangkan Saya sekadar mahu memuji. Memang kamu anak wayang sejati! Maafkan saya! p.s. sekadar catatan peribadi selepas menonton secara 'live' program 'Pilih Kasih' di studio RTM Senawang

Rindu

Rindu mungkin atau mencari kekuatan untuk kembali menyambung tulisan yang tertunda, Lalu selepas peperiksaan semester akhir bertempat di Shah Alam, saya pun merayau-rayau ke pasaraya; bahagian menjual makanan popular negara matahari terbit - sushi. Ah! Betapa saya rindukan Nishiawaji. Bau lorong-lorangnya, bau pangsapuri sempit Kawakita san dan pokok-pokok ros dan pokok herba yang di tanamnya. Selamat Tahun Baharu 2011.

Cerita yang pelbagai

Lantaran kesibukan berkerja, belajar dan rutin harian seorang isteri saya semakin jarang menulis dan mengemaskinikan blog. Tugas sebagai 'makcik penyelia asrama ' bukanlah semudah yang saya duga. Kalian tahu, menulis blog atau cerpen adalah lebih mudah daripada menaip surat-surat rasmi dan memasukkan data-data inventori. Lebih mudah berkerja sendirian daripada berinteraksi dengan sekumpulan manusia yang menerima saya sebagai insan 'normal'. Sejujurnya, saya lebih suka diri saya diterima 'seadanya' bukan insan istimewa atau sebarang label pun. Akhirnya, saya terpaksa mengakui kebenaran. Saya memahami kenapa Morita san mengatakan saya tidak sesuai bekerja di pejabat. * * * "Boleh menulis? Boleh membaca ?" Ayat klise yang selalu dajukan kepada saya dan Encik Suami. Saya maklumi, bukan maksud mereka untuk menghina. Saya fahami, kebanyakan individu seperti kami yang mereka temui merupakan ' slow learner' . Tapi jauh di sudut hati, saya merasa...

Nota kecil kepada enggan mengerti tentang saya

Hello awak! Jangan berbicara begitu dengan saya. Banyak perkara yang awak tidak tahu tentang saya. Kalau saya berpantang makan itu ini kerana mahu menjaga kesihatan saya; apa pula yang merugikan awak. Hello awak! Awak mencerca-cerca saya di belakang dengan mengata macam-macam. Awak cakap kalau sudah tahu diri sakit kenapa masih mahu berkerja. Apalah yang awak tahu tentang saya. Ini bukan sekadar pekerjaan. Bukan sekadar periuk nasi. Ini belanga rezeki kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya emak saya tidak perlu beratur panjang di pejabat kebajikan lagi. Ini maruah saya! Oh! Apalah yang awak tahu pasal maruah. Kerja asyik mencuri tulang. Datang jam sembilan kemudian 'hilang'.

Rindu

Sunyi, kala senja cuma terdengar lengkingan anjing liar yang menyeramkan. Hendak mengepos satu entri tanpa foto pun sangat sukar. Autosaved tidak menjadi. Apatah lagi untuk maemasuki kelas-kelas online. Atau menulis sepatah dua di halaman kawan-kawan maya. Jadi bila tidak dapat menulis saya akan menjadi pembaca pasif. Malam ini, dengan lafaz Bissmillah, saya mahu ke kelas sastera. Terima kasih!

Cerita-cerita ringkas buat yang ingin tahu tentang saya

Satu Saya tiada kemudahan mengekses internet di rumah. Hari ini saya sedikit lapang dan saya pun mencuri ekses di tempat kerja. Sungguh tidak beramanah kan? Dua Saya sudah berpindah. Semakin jauh dari ibukota. Terasa macam kembali ke kampung halaman. Cuma bezanya tiada sawah padi. Pemandangan di waktu senjakala dan malam memang indah. Tetapi menyeramkan bulu roma. Bayangkan suatu malam, sesudah solat Maghrib saya terperasan sehelai selendang panjang berwarna putih jarang berterbangan dari atas, melayang-layang. "Oh! Itu seledang jiran dari tingkat atas" Hati saya cuba memintas ketakutan yang datang. Walau saya tahu, jiran dari tingkas atas belum berpindah rumah. Yes! Tiga "Pinjamkan , akak mata Mar sekejap" Pinta Kak Mis pada saya suatu petang. Saya sangkakan dia mahu meminjam cermin mata saya. Rupanya dia mahu saya membacakan sesuatu untuknya kerana dia juga tertinggal kaca mata di pejabatnya. Kebetulan saya juga tidak memakai kaca mata pada hari itu. Tapi, saya ...

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru. Ya! Seekor katak puru. Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya. Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya. Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa. Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan ...

Surat Kepada Kerajaan 1Malaya

Kerajaan 1 Malaya Melalui Kementerian Kesihatan Malaya Tuan, PENGEKALAN STOK UBAT-UBATAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya sungguh dukacita di atas pengurangan dos ubat-ubatan saya, terutamanya Diazepam dan vitamin-vitamin yang biasa saya perolehi secara percuma seperti Vitamin B, Multivitamin dan Folic Asid. 3. Saya berada dalam keadaan yang amat tertekan, kerana terpaksa berkerja dalam kesakitan dan ditempatkan di sebuah bangunan yang juga merupakan 'projek sakit'. 4. Diharap pihak tuan memahami permasalahan saya dan lebih-lebih lagi istilah 'projek sakit' yang saya maksudkan. Kerjasama pihak tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.Terima Kasih. s.k :1. Encik Kontraktor Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan. Surat ini adalah tulisan penulis blog. Nama dan alamat pengirim juga tidak diperlukan. Sila abaikan surat ini sekiranya pengurangan dos ubat-ubatan dibuat atas faktor bukan ekonomi. Amacam surat gua? Ada or...

Memang tercipta untukku

Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi. Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir. Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi. Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya. Menulis!

.

Ada kala terpaksa lupakan mimpi-mimpi seketika walau telah nampak bebayang kejayaan terpaksa dilupakan demi demi Oh! Aku sedang belajar menyukai yang baharu Ah! demi..demi... Ah! Nampak benar aku sedang juga sedang stress sampai hendak menjawab komen pun tidak terdaya hendak meletakkan tajuk entri pun akal macam mandul

Malam ini moga kau berada di taman syurga

Teman mayaku, terima kasih untuk segala coret catatmu, untuk aku belajar melawan sukar yang selalu membuat aku kadang rasa tertewas terima kasih telah membuatku menjadi diri sendiri, terima kasih telah mengajarkanku banyak hal tanpa kau sedari ketabahanmu menjadikan aku iri Betapa masih banyak situasi aku selalu kalah dengan emosi Kau takkan membaca catatanku lagi Selamat pulang ke sisiNya kak D semoga di dunia lagi satu kau aman tanpa kesakitan sedang jalanku entah bila penamat Kak D (1967-2010) Al- Fatihah!