Langkau ke kandungan utama

Memang tercipta untukku



Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi.

Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir.

Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi.

Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya.

Menulis!

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Kak, tulis dalam diary la dulu sementara internet lembab.. pastu nanti pindahkan ke le...
Brader Black berkata…
Kita dijangkiti penyakit yg sama, kak.

Aku sudah mula rasa resah gelisah sementelah masih gagal menulis dengan baik.

Mahu berhenti menulis dan menutup blog, rasa sayang pula.
Lily Abdullah berkata…
Nizam,
Sekarang dah ok sikit.

Adik kachak,
Mari berdoa. Moga cepat sembuh :D
puding roti berkata…
alalala cian kakak sy ni..olololoo..

nnti kalo tenet lembab lg kakak babab tenet tu. dl sy selalu bt kt tibi kt kg. dr ngeong trs ok kejap lps kena babab :P
Lily Abdullah berkata…
Adik Puding,

Camne nak babab tenet, nak babab modem ke laptop muhahahaha!

akak nak babab pakcik gugel la, tak pun orang2 yg kje kat streamyx :D

Ni, dah abis oparasi pembersihan ke? Operasi betul ye, sampai 'page not found'. Jap akak g tgk, ada ke tak takde hehe...
ckLah @xiiinam berkata…
Coco menghilang terus kah?
Lily Abdullah berkata…
Coco saya sudah 'dimatikan' atas nasihat doktor kerana mengidap 'sporo' (sejenis penyakit kucing yang merbahaya kepada manusia dan tiada harapan sembuh lagi)

Sedih sungguh kak..imau akak apa cerita?
en_me berkata…
salam ramadhan akak lily ittewww..
13may berkata…
saya pun rasa cam nak menulis semula...hehhe hehhe

salam ramadhan akak lily :)
Lily Abdullah berkata…
me,
salam ramadhan too :)

May,
Hang dah beranak pinak yek? Salam ramadhan. kembali menulis ye. :)
sinaganaga berkata…
oit2, dah kerja kat mana? tinggal kat mana? apa-apa hal - telefon gua. sakit ka, hapa ka - telefon gua!