Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fiksimini yang bertukar wajah

Ini sahaja yang dapat saya kemaskinikan. Mencuri waktu dalam kesibukan. Sebetulnya saya tidak gemar mengggunakan kemudahan di tempat kerja untuk tujuan peribadi. Tapi saya terpaksa. Hanya rakan blogger terdekat sahaja yang tahu ke mana saya mnghilang. Terima kasih untuk sifu Azmah Nordin, Puan Nisah Haron dan rakan-rakan AVA yang tidak jemu menyokong. Terima kasih sekali lagi untuk pengunjung blog dan Majalah MW yang menyiarkan cerpen saya untuk kali kedua walau terdapat cantasan sana sini mungkin kerana kesuntukan ruang. Terima kasih untuk Fadhilah Ma'arif, rakan AVA yang memaklumkan saya menerusi email.

Terakhir atau barangkali banyak lagi

Terima kasih Tuhan, di sini aku terasa diriku 'ada' Secangkir Kopi Dingin,kosong tidak sehangat dulu ku sajikan untuk kamu mahu pergi dalam gelap bercelaru bukan membawa rajuk aku mungkin akan kembali sibuk mengatur kembali hidup sudah beberapa kali ku atur jarang sekali menjadi seperti ku mahu

Lima puluh enam ke empat puluh

Dia duduk-duduk di hadapan TV. Sambil menonton rancangan The Biggest Loser . Di tangan kanannya, ada sebiji burger separuh gigit. Tangan kiri menatang segelas Coke. Sebotol Coke di atas meja sudah tinggal separuh. Dia berdoa!

Sakit gigi

Rasa macam nak kurung orang dalam tandas awam  pun ada! PS:Bahasa aku 'baik' sikit dari bahasa dia kan? . . . Y ang , yu jangan kurung ai ye! . . Ok, tau,tau yu ramai peminat.

Rebiu Karipap-karipap Cinta

Apa yang anda bayangkan bila disebut 'karipap'. Sejenis kuih kegemaran ramai. Ada juga yang membayangkan unsur-unsur teeeet . Terpulang kepada anda. Saya baru selesai mengunyah "Karipap-karipap Cinta' hasil air tangan Vovin atau nama sebenarnya Nazri M. Annuar. "Karipap"yang saya perolehi dari bengkel AVA 11 April lalu. Lambat sikit nak megunyah, hatta karipap sekali pun. Al maklum, makcik sakit gigi. Susah hendak mengunyahnya. Saya membaca. Sambil ketawa mengekek-ngekek macam pontianak. Oleh kerana saya ponteng gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal saya(alasan: sakit gigi); maka tiadalah keberanian saya menghilai kuat-kuat. Walau hati saya, bagai digeletek-geletek bila membaca hasil tukangan Vovin ini. Gambar dan sinopsis di sini Karipap-karipap Cinta membuktikan bahawa cinta memungkinkan apa sahaja. Termasuk melakukan kerja-kerja gila tidak terjangkau dek akal. Vovin juga berjaya melunasi satira senario politik semasa menerusi watak Dato...

Sudah hilang seri

Tidak tahu mahu tulis apa sudah hilang seri sudah kurang ummpphh! Rehat sebentar hujan hari-hari yang basah begini barangkali tergelincir jika terus berjalan Dalam cahaya yang samar barangkali tersesat jika teruskan perjalanan

Menulis

Umpama menggubah sejambak bunga saya perlukan mata-mata kalian untuk melihat apa-apa yang terkurang dalam gubahan saya . . . , kadang saya tenggelam dan lemas sesat dan tak ketemu diri PS: Sukar mengorek sampah dalam mata sendiri.

Dilema

Kata teman-teman, dua cerpen saya dan entri-entri blog sangat ber'trademark' Jepun. Saya cuba lari dari mempunyai 'trademark'. Pelarian saya agak kurang menjadi. Mungkin kerana saya 'obses' dengan kebudayaan dan keindahan negara matahari terbit. Morita san, guru bahasa tidak berbayar saya telah berpindah beberapa bulan yang lalu. Sebelum berpindah, ditinggalkan saya CD dan buku kecil. Sekadar untuk mempelajari asas-asas bahasa ibundanya. Dia berpesan lagi. Menyuruh saya menyambung pelajaran dengan Watanabe san. Tapi macam selalu-selalu, saya perlu pergi tepat jam satu hingga jam dua. Ketika para petugas Muslim, balik berehat dan bersolat. Aduh! Bagaimanalah saya mahu pergi. Watanabe san itu lelaki. Saya ini perempuan. Dan saya tidak nampak sesiapa yang boleh dibuat kawan peneman. Supaya niat murni saya, tidak menjadi bahan gossip dan fitnah. Doraemon pun cakap Melayu. Bagaimana hendak belajar dengan Doraemon? Alangkah baiknya jika saya ada poket Doraemo...

Magis yang saya cari mungkin sedikit sebanyak saya temui semalam

Ini cerita sehari sebelum bengkel semalam. Malam itu, saya tidak tidur kerana cuba menyiapkan beberapa perenggan Bab 2. Saya hanya tidur sesudah bersolat Tup ! Sebaik sahaja sahaja, saya membuka mata jam di telefon sudah menandakan angka 10 am. Saya bangun dalam keadaan serabut, terus mandi, bersiap ala-ala kadar sambil meminta suami menghantar saya ke tempat biasa. Di dalam hati, saya amat marah kerana dia tidak mengejutkan saya. "Cuba awak tengok tarikh tu betul-betul.." Saya pun membelek semua kalender yang ada. Ha!ha!!ha! Salah tarikh beb ! "Tu lah, jadi musang lagi. Kalau sakit, diri sendiri yang susah. Awak tu bukan sihat!" Encik Suami saya membebel-bebel. Benar! Hari Sabtu itu, saya demam dan sakit gigi yang gila-gila. Sakit urat saraf tidak usah cerita lagilah. Malamnya, seawal pukul 9 pm, saya sudah tidur, Macam mayat. Apatah lagi dengan kesan Diazepam dan lain-lain ubat untuk mengawal 'uncontrol movement' saya. * * * Saya ke bengkel dengan keadaa...

Tuhan, kirimkan saya magis

Akhirnya, saya akui menulis bukanlah kerja enteng. Ia memerlukan latihan panjang; fokus dan komitmen yang cukup berdaya tinggi. Sesungguhnya, menulis di halaman blog jauh berbeza dari menulis yang sifu saya istilahkan karya berlian. Saya semakin hilang fokus. Hilang kata-kata indah. Dengan bicara lain semangat/motivasi terasa turun ke kaki langit. Tersangkut di bab dua. Sudah saya paksa diri. Asyik buka tutup folder. Asyik sunting dan sunting. Ah! Tolonglah saya Tuhan. Berikan saya jalan keluar. Menulis adalah nyawa, yang buat saya rasa suara saya didengari. Tuhan, kirimkan saya magis! Atau saya harus mencari magis.

Bukan untuk sesiapa

KEMBIRIKAN EGOMU Sebentar tuan kembirikan egomu turun dari tahta mencemar duli ke sini lihat kami Ketika longkang kami tersekat dan lubang air tersumbat ada sesiapa ambil tahu Maaf tuan guna otak kamu berbalut kertas ijazah/phd itu tengok-tengokkan kami yang buta, capik dan terteleng-teleng Maaf tuan lupakan sebentar tajam penaku kerana lidahku tidak celupar sepetah kamu bila berjanji ambil peduli tentang kami Tuan Jangan kau asyik megira laba perut kami juga kelaparan ada hutang yang perlu dilangsaikan kami pun mahu segar bernafas.

Ketika kita belum bersedia untuk banyak peristiwa tentang kedewasaan

Saya betul-betul hilang akal untuk mencoret sesuatu di laman. Sudah lama tidak berfiksi. Jadi saya terbangkan enteri dari blog tersorok ke mari. Sekadar-suka-suka berkongsi cerita awal remaja. Insiden begini mungkin tiada kaitan dengan adik-adik dan anak-anak zaman sekarang di mana ibubapa lebih bersikap terbuka dan maklumat diperolehi di hujung jari. KAWAN MERAH. Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi. Dia angguk walaupun tidak faham. Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki. Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi. Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban. Dia tahu kenapa Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu. Entah datang dari planet-planet mana. Dia benci! Sunguh-sunguh! ‘Kawan merah’ yang datang s...

Kata kunci

Sudah dua minggu tidak mengemaskinkan blog. Jika rumah atau pejabat pastinya penuh sarang labah-labah, sarap-sarap sampah. Mungkin juga tahi cacak. Tadi saya memeriksa akaun Nuffnag. Dan kata kunci yang saya temui amatlah menggeletek hati. Di antaranya termasuklah yang berikut Jowopinter Qusnan Munazarif. Silalah bersuara seperti dahulu kerana ada orang sampai ke blog ini kerana mencari kamu ha!ha! waterlily blog 19 gambar rumput kerbau 2 gambar konvokesyen plpp bangi 2006 1 lukisan bunga water lili 1 apa bunga kesukaanmu?lily 1 cerpen pelangi 1 krayon maskara 1 bahan siaran tentang cinta 1 waterlilysicksadcity 1 jowopinter q. munazarif

Doakan dia

Semalam. Sepanjang perjalanan dari hospital Putrajaya, airmata saya tidak mahu berhenti mengalir. Hati saya luluh melihat penderitaan yang ditanggongnya. Saya sempat bertemu Akirasuri yang membaca blog kami berdua secara diam-diam. Cantik dan manis orangnya. Kami bersama melawatnya. Kami,saya dan dia tiada sebarang pertalian darah. Entah apa yang mennjadikan kami akrab. Mungkin kerana kelainan upaya ini. Di atas, foto saya dan dia- diambil penghujung Disember lalu ketika anak-anak Khadijah datang melawat saya. Di hari menjelang Krismas, di dalam bangunan pencakar langit milik si kaya-raya. Di mana kami, tidak mampu makan-makan di dalamnya. Akhirnya kami menjamu selera di sebuah gerai Kampung Baru. Dan, kami lepak-lepak di Pasar Seni. Tempat kegemaran kami. Kini dia terlantar bertemankan drip dan morfin. Hati seorang kakak manalah yang tidak luluh. Muha Aziz bertabahlah! *Saya hilang mood hendak buat apa-apa. Tapi saya sudah janji akan siapkan novel itu. Mudah-mudahan urusan k...

Empat puluh tahun menghirup oksigen percuma

Sajak/puisi saya tidak pernah tersiar, walau sudah berpuluh saya hantar. Saya anggap mungkin bukan rezeki dan kemampuan saya. Jadi, sempena ulangtahun ke 40 kelahiran saya bersiaran di sini sahajalah. Kepada Pemberi Jiwa Aku sedar itu dan ini Kediaman dunia sudah menghalau pergi Kediaman akhirat memanggil-manggil ke sisi Malaikat Maut semakin kerap menziarahi PS: Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengiringkan ucapan via FB dan sms.

Siaran semula Cerpen"Pelangi Cinta Watanabe"

Bukan mahu berbesar diri, tetapi cerpen "Pelangi Cinta Watanabe" saya disiarkan kembali di halaman ini semata-mata menghormati permintaan sifu saya - Sifu Azmah Nordin. Moga-moga yang tidak sempat membacanya dan rakan-rakan sekelas maya saya memperolehi munafaat dengan siaran semula di sini. Saya juga berharap ada kritikan yang membina; maklumlah saya budak tua yang sedang bertatih dengan pena. MALAM itu dingin. Gelap kehitaman menempel pekat di dada langit. Bagai contengan rona hitam yang dipalit-palit tanpa tujuan di atas kanvas siang tadi. . Gelap dan pekat kehitaman memyiram mana-mana posisi yang diingini. Kedinginan begitu menyentak tubuh. Ninnie cuma bersendirian. Dia seolah mendengar langit gelap berbisik, “Dia telah membuatmu menangis, adakah kau mahu terus mencintainya?” Ninnie bungkam. Dia masih mendongak ke langit yang gelap. “Wahai bintang, apakah kau meninggalkan langitmu malam ini?” Angin berhembus semakin perlahan dan kedinginan semakin teras...

Sepasang tangan ini

Sepasang tangan. Di antara anugerah Allah SWT yang paling nikmat. Kalau anda kehilangannya; atau keduanya tidak berfungsi seperti yang anda inginkan anda akan tahu bagaimana rasanya. Sebagaimana Tie, Siti, Neesa, Alia(dan lain-lain yang tidak saya sebutkan namanya di sini). Kerana saya mengerti sepasang tangan seorang manusia Cerebral Palsy juga begitu. Saya hanya mengetik askara menggunakan dua jari untuk menghasilkan ini. Terima kasih untuk Sifu Azmah Nordin Rakan-rakan AVA yang mendorong Puan Nisah Haron Rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog di waktu terang dan di waktu kelam Terima kasih untuk Encik Marsli N.O. yang di awal-awal pagi mengirimkan saya sekalung tahniah.

Sampah-sarap dunia maya

Setiap kali saya klik perkataan'cerita' maka pakcik gugel secara automatiknya menyarankan beberapa cerita teeeeeeeeeeeeeet. Saya pun menjadi corius walaupun saya tahu coriusity will kill the cat. Saya kik satu laman saranan pakcik gugel. Rasa macam nak menyumpah seranah. Kenapa laman-laman seperti ini tidak dipantau oleh pihak-pihak berkenaan? Kenapa tak dengar pun orang buat laporan polis? Kenapa? Saya syak pakcik gugel gila sex juga agaknya Sama macam penulis-penulis yang suka menulis cerita teeett itu. Sama macam pembaca-pembaca yang suka viewed laman teeeeeeeeet itu. Ini tak boleh tulis lebih-lebih lah kan? Nanti saya ke 'dalam' pula. Cuit sikit pasal isu OKU pun sudah dimarah orang!

Maskara 19 dan teman-teman yang kita suka

Setiap kali pakai ke Maskara, warna acaranya tidak pernah menghampakan saya. Dan ini foto-foto bersama kawan-kawan yang kita suka.(yang lain boleh tengok Facebook) Cik Puan Daun sudah bertiga sekarang :) Foto di bawah Zhafir Mus Wahyudy Zhafir lagi Dila Raden Akak Ungku Nor(dia sudah tutup blog) ******* Encik Pyanhabib dengan 'lancar'nya,(jangan marah bang hahaha !) melancarkan produk terbaru Sindikit Soljah - Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lihat aksi-aksinya dan kucing digunakan sebagai 'prop' bagi menggantikan 'harimau' yang enggan dipinjamkan oleh pihak Zoo Negara. Lain kali, jika ada apa-apa naskah yang mahu dilancarkan, jemput Encik Pyanhabib. Ini asyik-asyik jemput menteri . Saya belum sempat mengkekah apa-apa lagi kecuali Jurnal Sulong Soldadu kerana saya secara sukarela menyumbangkan dua cerita kontot di dalamnya. Intro oleh Encik Dean Sham sangat cantik. Saya fikir beliau mahu mempersembahkan kabuki. Saya ada juga fikir-fikir, jika rumah saya di sebelah ...

Demi

Kadang demi menjaga santun aku terpaksa membenamkan amarah mengurung luka dan menjadi seketul batu atau boneka atau bisu seketika Diam! PS: Jawapan kepada enteri di bawah(dan entri seumpamanya)