Langkau ke kandungan utama

Doakan dia



Semalam. Sepanjang perjalanan dari hospital Putrajaya, airmata saya tidak mahu berhenti mengalir. Hati saya luluh melihat penderitaan yang ditanggongnya.

Saya sempat bertemu
Akirasuri yang membaca blog kami berdua secara diam-diam. Cantik dan manis orangnya. Kami bersama melawatnya.

Kami,saya dan dia tiada sebarang pertalian darah. Entah apa yang mennjadikan kami akrab. Mungkin kerana kelainan upaya ini.


Di atas, foto saya dan dia- diambil penghujung Disember lalu ketika anak-anak Khadijah datang melawat saya. Di hari menjelang Krismas, di dalam bangunan pencakar langit milik si kaya-raya. Di mana kami, tidak mampu makan-makan di dalamnya. Akhirnya kami menjamu selera di sebuah gerai Kampung Baru.

Dan, kami lepak-lepak di Pasar Seni. Tempat kegemaran kami. Kini dia terlantar bertemankan drip dan morfin.
Hati seorang kakak manalah yang tidak luluh.

Muha Aziz bertabahlah!


*Saya hilang mood hendak buat apa-apa. Tapi saya sudah janji akan siapkan novel itu. Mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan. Mudah-mudahan dia sempat membaca novel saya, melalui mata seorang teman yang selalu menjaganya- Nizam. *

PS:Nizam terima kasih!

Ulasan

SHIMI berkata…
Salam kak. Moga Allah memberi ketentuan dan takdir yang baik untuk dia. Moga dia diberi kesembuhan
ckLah @xiiinam berkata…
Patutlah sudah lama tidak mendengar entri yang biasa membahasakan dirinya 'budak botak.......'

...dan patutlah, sudah lama dia juga tidak berkunjung ke XIIINAM...



Tenat dia....rupanya!





Semoga Allah beri kekuatan buat Muha....
akirasuri berkata…
Semoga Muha diberi kekuatan menghadapi ujian-Nya.

*sedih*
setiakasih berkata…
salam...

Semoga Allah SWT memberkatinya dan melindunginya
semoga dia dikebahkan kesakitannya...
semoga dia selamat sejahtera.

Aku sedekahkan Ayatul Yasin buat dia, moga diringankan penderitaan.
AKUOKU berkata…
insyaalah moeha kuat orgnya... dia selalu kata Allah bless us.... ada cerita ttg moeha di blog saya..
Lily Abdullah berkata…
Mama kakak & adik,
Muha yang saya lihat semalam sekadar mampu tersenyum kelat. Tiada lagi hilai tawanya macam selalu2.

Dah dia sudah dipindahkan ke hospital Selayang tengahari tadi.

Setia,
Terima kasih. Sama2 kita doakan yang terbaik utk dia dik!

Shimi,
Sama2 kita mendoakan yang terbaik untuk dia.



Kak Lah,
Semoga. Kita sama2 doakan ye kak.

Ati,
Ya,sedih sekali. Akak tak pernah tengok dia dalam keadaan begitu.
rudy bluehikari berkata…
Semoga MUHA tabah dan sabar atas dugaan Allah ini.
Lily Abdullah berkata…
Rudy dan semua yang mengikuti perkembangan kesihatan Muha.

Maklumat terkini -dia sudah dipindahkan kembali ke hospital Putrajaya pagi tadi & alhamdulillah keadaannya agak baik
tasekM berkata…
tabah ye Muha.

:(



.
Lily Abdullah berkata…
TM,
Dia discharged pagi ni. tunngu pembededahan sterusnya 20 @ 24/4 nanti.

aku dok nanti second MRI. Kali ni, kena masuk wad sebab yang hari tu result x tepat. Doktor ni pun satu, dah tau aku ni CP ada uncontrol movement - dia masukkan juga aku dalam keranda tu. Sepatutnya dia pengsankan aku dulu.

Tak gitu hahahaha!(gelak dalam emo)

:(
Adliff berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lily Abdullah berkata…
wassalam aliff,

Untuk keselamtan, eloklah kamu padam komentar ini. Esok akak akan sms kamu ya...

Tak elok no, no telefon tertera di laman ini. Bimbang ada yang ambil kesempatan.
Rasanya kak akan ke rumahnya pagi Sabtu,insyallah.

Semoga kamu sejahtera :)
Putri Lily berkata…
Salam WL,

Lily juga doakan yg terbaik ytk Muha. Moga tabah menjalani pembedahan nanti. WL juga. :)

Sampai jumpa lagi nanti di bengkel 11 April ye.

~Putri Lily~
Makbonda61 berkata…
Makbonda juga mengikuti kesahnya secara diam......dan mendoakan kesejahteraannya.Sampaikan salam kepadanya.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam